BEN ASHAARI

Tuesday, July 10, 2012

BOULU KUKUS PULUT HITAM

rsz_dsc_4862
Salam petang semua...Hari ni kan mat rasa kerja banyak sangat. Dari pagi sampai jam 4.30 petang baru siap...Hmmm, tatau lah pesal, ke sebab aku ni kerja macam siput..huhu. Takpelah, ni ada masa mat update lah mana yang sempat. Tergerak nak mencuba satu resipi dari teman blog masakan berbangsa cina tapi berasal dari Indonesia, Ayin dari blog ManisManis di sini. Nama asal resipi "bolu kukus ketan hitam"..."ketan" tu pulut dalam bahasa Indonesia. Resipi agak mudah dan menarik. Sebelum ni mat pernah juga guna tepung pulut hitam dibuat kek chiffon, di sini, juga mat dapat resipi dari seorang blogger Indonesia. Kreatif mereka ni. Begitulah kami blogger masakan, tanpa sempadan dan sering berkongsi idea dan resipi. Disamping menambah ilmu, ia juga dapat merapatkan hubungan silaturahim....

rsz_dsc_4930
Untuk resipi ini, mat kukus guna acuan yang biasa mat guna untuk buat agar2. Yang berkapasiti kurang lebih 100ml setiap satu. Dan dapat dalam 8 biji. Kalau anda guna acuan kecil, bilangannya akan lebih lagi. Acuan perlu dilanser dengan sedikit mentega dan ditabur sedikit tepung. Kalau nak mudah anda guna paper cup yang dialas dalam bekas sesuai. Masa mengukus tak lama sebab mat guna acuan kecil, 10 - 12 minit sudah memadai. Kalau guna acuan besar, mungkin 30 minit. Rasa dia macam mana pulak. Pada mat rasa dia unik, tapi bukan lah aneh. Kan kita selalu kalau tepung pulut hitam dibuat kuih koci. Ianya lembut walaupun nampak padat. Ada rasa pulut hitam dan lemak2 sikit sebab penggunaan santan di dalamnya. Ok kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur gred A
70 gram gula pasir
1 camca teh ovallate (mat tambah)
1/2 camca teh baking powder
120 gram tepung pulut hitam
50 ml minyak sayur
70 ml santan pekat
Secubit garam
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, lenser acuan2 kecil dengan mentega, tabur sedikit tepung dalam acuan tadi dan ketuk keluar lebihannya. Ketepikan.
  2. Putar gula dengan ovallate hingga rata. Masukkan baking powder, garam dan telur, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan boulu. Matikan mesin pengadun.
  3. Ayak tepung pulut hitam tadi ke dalam adunan dan gaul dengan kaedah kaup balik, gunakan spatula, hingga rata. Masukkan esen vanilla, santan dan minyak sayur, gaul hingga rata dan sebati. 
  4. Isi dalam acuan tadi 3/4 penuh, kemudian kukus dengan api sederhana selama 10 - 12 minit. Keluarkan boulu, biarkan suam dan boleh keluarkan dari acuan. Hias ikut suka dan boleh hidangkan.

12 comments:

MANISMANIS said...

aduww Mat....cantek..

Mat Gebu said...

@ manismanis - terima kasih Ayin...saya suka boulu kukus ketan hitam ini....enak..

aima said...

bole try ni simple dan x byk telur..i like

Ezzah Aziz said...

Askum cik mat..
Boleh saya tanya mana nak dpt tepung pulut hitam?...kena kisar pulut hitam atau ada juakpl yg siap di proses?

Mat Gebu said...

@ ezzah aziz - salam puan, saya beli di kedai menjual bahan2 baking. Tesco, Mydin rasanya ada jual tepung pulut hitam.

Ezzah Aziz said...

Terimakasih cik Mat..

Amie said...

Cantiknya Che Mat... tapi tak ada pula tepung pulut hitam....

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum CMG Chef Blogger Masak memasak tersohor.. :) Tq so much kerana sudi follow blogs Kak Sha.. Sebenarnya Kak Sha dah lama follow blogs CMG sejak awal bergelar blogger... masa tu mana tahu nak BW... dan tak reti nak buh komen.. sekarang dah reti.. boleh laa... hehhee.. okay akak add CMG sekali lagi untuk bukti sahih! tq so much... dan link CMG di blogs akak yaa... Salam Ukhwah..:))

inahar ali said...

salam mat..akak mmg pantang nmpak apa2 menu yg ada pulut hitam..tu yg berlariiiii akak mai dapor mat nih nk ngendeng sepotong bolu pulut hitam tuh..nyumm..nyumm!

Azi81 said...

hitam2 pun cantik, kuih apa pun mat gebu buat mesti cantik :)

ROSE said...

cik mat, yg hiasa merah tu dh lama sy cari...xde penah jumpa...mana nk beli ?

rohayamohdisa said...

salam cik mat, memang menarik dan unik bahulu ni...harus kena try..