MASIH OK, TAPI KENA PERBAIKI LAGI...

rsz_dsc_4706
Salam semua, tadi siang mat kemas2 freezer, sekali ada instant prata KAWAN, tak banyak dalam 2 keping macam tu. Terus mcm nak test jadi kan kulit pie dan buat guna pie maker yang mat dapat tempoh hari. Kira menjadi lah juga, cuma mat rasa agak kuran sesuai sikit. Sebab prata ni cepat sangat lembut dan agak susah kita nak handle dan masukkan ke dalam pie maker tu, lagi2 pie maker jadi jadi hangat. Satu lagi tadi mat gunakan sekeping tu dan dengan lebihan dia mat lipat jadikan penutup pie. Ok juga, cuma atas dia jadi tebal, tak berapa nak bess...Inti tu mat buat ala2 inti karipap saja. Kalau tak cuba, tak tau betul tak. Takpe insya Allah nanti mat cuba guna pastry lain pulak. Apa2 pun pie maker ni sungguh praktikal dan memudahkan kerja....Jadi takyah resipi lah kan, sebab ini hanya "percubaan" mat sahaja. Ok terima kasih atas masa anda, kita jumpa esok ok dengan resipi2 lain pulak, insya Allah. Sebelum tu mat nak selitkan pantun2 pusaka dari Buku Selayang Kenangan tulisan Allahyarham Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali dengan nama Puan Azah Aziz.....al-fatihah....

ANAK SAWA SEBESAR LENGAN,
MENITI-NITI DI BATANG PADI,
HENDAK TERTAWA TIADA TEMAN,
SENYUM SEDIKIT DI DALAM HATI.

PECAH BUYUNG TEMPAYAN ADA,
BOLEH JUGA MENCUCI KAKI,
TERBANG TIUNG BAYAN ADA,
BOLEH JUGA MENGHIBUR HATI.

TENANG-TENANG AIR DI LAUT,
SAMPAN PUKAT MUDIK KE HULU,
HATI TERKENANG MULUT TERSEBUT,
BILA TERINGAT MASA DAHULU..

Post a Comment

6 Comments

  1. Selat Teduh Lautan Tenang,
    Banyak labuh perahu Aceh,
    Barang lepas jangan kenang,
    Walau hati rasa sedih, mengapa bersedih.

    Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Azah Aziz.

    ReplyDelete
  2. Dua tiga kucing berlari
    Mana nak sama si kucing belang
    Dua tiga sudah ku cari
    Mana nak sama MG seorang

    tahniah mat kerana suka mencuba:-)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    selama ini hanya 'silent reader' sahaja. Jika suda silalah bertandang ke mamasiti64@yahoo.com.

    ReplyDelete
  4. Sorry CMG. Jejaki saya di mamasiti64.blogspot.com. Yang terdahulu tu silap.

    ReplyDelete
  5. best kan cuba cuba jadi ni...tapi bila cuba cuba tak menjadi tu tak best betul rasanya..uhuhu

    ReplyDelete
  6. Bila ada gadget baru memang seronok je nak mencuba kan...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.