BEN ASHAARI

Monday, July 9, 2012

ASAM PEDAS GAYA "NANI ROSTAM"...

rsz_dsc_4620
Asam pedas lagi....tatau pesal macam kena sawan asam pedas agaknya. Bukan macam tu, semalam mat riki2 satu blog wanita cun ni, dan ternampak satu resipi asam pedas yang bukan sahaja unik, tapi agak lain sedikit teknik memasaknya. Siapa tak kenal Puan Nani Rostam atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nani di blog beliau di sini. Sebagai blogger yang punya blog masakan, mat akan cuba mana2 resipi yang mat rasa suka untuk dicuba. Kita tak boleh nak paksa orang lain buat resipi yang kita letak di blog, ini etika sebagai seorang blogger masakan, tu pada pandangan mat saja. Tujuan kita letak resipi tu sebagai penyuntik idea bagi mereka2 yang buntu. Berbalik cerita pasal asam pedas gaya Kak Nani, dan apa yang menariknya, gabungan antara daun kari dan daun kesom, agak unik. Anda boleh guna ikan yang anda suka, macam mat, guna ikan pari dalam 500 gram. Resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari
1 biji terung
2 biji tomato
20 tangkai cili kering*
5 biji buah keras*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus 'A')
10 biji halba
1 tangkai daun kari, dilurutkan
2 tangkai daun kesom (mat letak segenggam)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus 'B')
1 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari dicuci, kemudian perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Terung dibuang sedikit kulitnya, belah dua dan hiris serong (3 bahagian) untuk setiap belahan. Rendam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halba dan daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus 'B' dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar 'A' dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Tuang jus asam jawa dan tambah air secukupnya (yang ni agak2 lah). Kacau dan biar mendidih. tambah ikan dan daun kesom. Biar mendidih sekejap dan masukkan terung (toskan). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  4. Akhir sekali masukkan belahan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....

7 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

tiada yang lebih memikat selain asam pedas... sedapnya, kaler dia tuh, mengancam!! nak pula guna ikan pari, huhuhu.. memang bertambah2 nasilah kalau saya ni..

NaniRostam said...

Salam mat...hehehe terkecur air liur tengok orang lain masak...kak nani memang makan air tangan orang lain....

Terima kasih sudi cuba.

Salam ukhwah

juju said...

che mat di tempat kami pahang mmg buat asam pedas taruk 2-2 daun tu..kari n kesum...xlupa bunga kantan puhh sedapnyerr..

Huda said...

alamak terliurnya.dahlah saya suka ikan pari..

IBU GEBU said...

tak pernah dengar orang buat asam pedas letak daun kari kan che mat? biasa org johor letak daun kesum je, klu gulai pari ni saya akan tambah lada hitam

boleh cuba lepas ni letak daun kari, tukar2 selera

ELLYDA said...

salam.tanks for the resepi..x terpikir lah buah keras..esok nk cuba.. pasti menarikk.

Hasida Mohammed said...

Opah sy plak letak lengkuas n sedikit taucu.
..msa menumis..mak sy plak kdg2 letak lobak jeruk/sawi jeruk sbg gnti terung@tomato@bendi..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.