BEN ASHAARI

Saturday, June 30, 2012

BUBUR NASI BERAS BARU...

rsz_dsc_4095
Salam semua, entri kali ni hanya bubur nasi, tapi agak istimewa. Mat guna beras baru dan bukan sebarang beras, tapi ini pemberian teman dan juga geng PML (Pinggang Mangkuk Lama) yang nun jauh di Sarawak. Beliau mengirim bersama pes laksa Sarawak, lada hitam Sarawak, the best black pepper in the world!. Terima kasih Kak Eskay. Dan hari ni baru mat cuba masak beras istimewa kiriman beliau. Menurut Kak Eskay, beras tu padi baru yang dituai dari sawah di kampung beliau. Beras nya berwarna perang  sedikit, namun begitu rasanya cukup lemak dan harum. Rasa seakan2 pulut pun yea juga. Untuk bubur ini mat makan dengan benda2 simple sahaja. Ada sawi putih goreng, terus hancur dan daging goreng kunyit. Lepas tu tabur dengan hirisan daun bawang, cili merah yang didadu, bawang goreng dan beberapa titik minyak bijan (optional). Boleh hidangkan...resipi takde apa sangat nak tulis, serba ringkas saja lah yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras pilihan anda (sebagusnya beras wangi atau beras siam)
Air secukupnya (1500 ml, kurang lebih)
1 helai daun pandan, disimpul
Sedikit garam
Daging batang pinang dihiris nipis (6 - 7 keping atau secukupnya)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 biji telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio" secukupnya
Beberapa titik minyak bijan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili merah, dibuang biji dan dadu kecil, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BUBUR :- Cuci beras kemudian masak dengan 1 liter air, masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak dengan api besar dan bila mendidih, kecilkan api pada tahap minima. Tuang baki air dan terus memasak hingga menjadi bubur atau moi, kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  2. UNTUK DAGING GORENG KUNYIT :- Lumur daging tadi dengan garam dan serbuk kunyit, perap sekejap. Panaskan non-stick pan dan tuang sedikit minyak. Goreng daging tadi hingga masak, angkat dan toskan.
  3. UNTUK TELUR HANCUR :- Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dikacau tadi. Tabur serbuk lada hitam, dan bila telur mengental, kacau telur tadi hingga menjadi telur hancur. Angkat dan ketepikan
  4. CARA MENGHIDANG :- Ceduk bubur secukupnya dalam mangkuk sesuai. Letak hirisan daging, telur hancur dan sayur kegemaran anda. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng, cili merah yang didadu dan beberapa titil minyak bijan, jika suka. Hidangkan dan jika kurang masin, anda boleh letak sedikit kicap cair..

4 comments:

Kalamhati said...

lama dah tak makan bubur nasik..mak aih sodapnyee

Sari Yusa Ibrahim said...

hehehehe... 3 kali saya baca tajuk - BUBUR NASI BERAS BIRU???? kali ke-4 baru tengok betul2, baru. MUla dah terfikir ala2 nasi kerabu, tapi tak nampak lak kaler biru... hihi. Kena buat spek nampaknya...

Mesti sedap guna beras baru, memang istimewa sekali bubur ni..

faa.rosli said...

buburmy peberetttt!

Rohah said...

enak makan bubur nasi macam ni, sihat2 pun sedap aje, kalau time demam laaagilah berselera bila dapat bubur nasi...cantek set pinggan tu..teringat pulak pinggan2 kat rumah nenekku...