BEN ASHAARI

Monday, June 18, 2012

AYAM KURKAR...PELIK TAPI SEDAP...

rsz_dsc_2728
Mula2 mat singgah dan baca resipi ni di blog INI, mat pun rasa pelik, nama dia sungguh lain. Ingat kan resipi dari Burma, sekali baca betul2, rupanya resipi ciptaan "IBUNDO", pemilik blog tersebut dengan mencampurkan rempah kurma dan rempah kari, maka jadi lah ayam kurma/kari atau kurkar, hahaha, tertipu sudah pakcik. Masakkan dia agak mudah dan rasa dia sedap. Macam tak caya ok, resipi simple tapi hasilnya memuaskan. Kalau resipi asal guna ayam kampung 2 ekor, mat guna ayam tak berapa nak kampung sangat, dah kacuk punya. Rasa mungkin berbeza kalau anda guna rempah kurma dan rempah kari berbeza jenama. Ada orang suka ADABI, kalau mat rempah kari mat suka Baba's dan rempah kurma suka yang Adabi. Penggunaan cili juga mat rasa ikut pada individu, suka pedas boleh tambah, jika tak, boleh kurangkan. Ok kita semak resipi dan terima kasih mat pada blogger masakan "Ibundo" kerana sudi berkongsi resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas dan potong 4 setiap satu, rendam
5 camca besar rempah kurma
2 camca besar rempah kari daging
3 camca besar pes tomato puri
2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
2 batang serai, dititik
2 cawan santan
Air, jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh rempah kari, rempah kurma, cili kisar dan tomato puri dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga harum. 
  2. Masukkan pes rempah tadi dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.Masukkan ayam dan gaul rata. Biar hingga ayam kecut. Masukkan santan, kacau rata dan masukkan kentang. 
  3. Masak hingga kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air), tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang dan cili sebagai hiasan sebelum dihidangkan. 

9 comments:

Kak Rose said...

Mat, tertipu jugak kak rose nih.... resepi baru ni kurkar.... yg penting sedap... ngences kak rose memalam cenggini!

babycomel said...

masakan mcmni agak2 kolestrol tinggi tak eh? lapar dh malam2 ni tengok ayam sedap tu

Iffah Afeefah said...

pakai kari dgg?

cm ni kari lak

Shabby said...

nmpak sedap.. kna cuba ni.. ;)

Yatie said...

hah3..klakorlah Che Mat ni, akak pun tertipu gak ni.....tngk bahan2 pun tak banyak sangat...namanya tu yg unik..leh cuba arini...tq.

Yaya Azura aka Naz Azra said...

nama unik! mmg boleh dikomersialkan..
tengok nama je terus nak tengok bahan-bahan..bahan-bahan simple..boleh cuba nanti..

ibu syaz said...

Wak nan, semlm baca entri adkku, akk pun terjah lah blog ibunda....alik kerja terus buat. Anakku buka puasa, dia ingat ibunya beli di kedai....sedap sgt2 katanya, sbb x pernah mkn masakan gtu ibunya masak. Ambik kau....sekali2 ibunya tunjuk taring gak....hihihi...tapi akak derhaka sikit resepinya, nasi tumis dgn minyak sapi& letak daun pandan...lauk pulak kasi pedas ckit, lebih cili & lada sulah....hmmmmmm

puteri rimba said...

nak try la nanti...macam sedap je kalau cicah ngan roti ni...heeee

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhh first time dengaq resepi Ayam kurkar ni.. kalau bikin utk bukaak puasa nnt mestii terangkattt hehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.