PUDING KASIH BERTAUT....COMEL JEE...

rsz_dsc_8357
Salam petang, semalam entri petang agar2 santan. ni hari puding kasih bertaut pulak, cuaca panas2 ni kan memang nak makan yang dingin2, yang nyaman....jee, saja lah menggatalkan jari jemari gebu si mat gebu untuk membuat puding ni. Resipi asal dari Kak Nor Secubitgaram di sini. Mat pernah buat dulu, dan kali ni buat lagi, memandangkan bahan2 semua ada. Cuma satu jelah serbuk agar2 mat ada 1 paket (guna cap burung layang2 atau swallow). Kalau resipi asal kena guna 2 paket. Jadi mat buat 1/2 dari resipi asal. Kan kita buat dia, jadi adjustlahkan. Kalau mat gebu boleh!...Anda pun boleh...yearghh!. Resipi ni ada dua bahagian, pertama kena buat agar2 yang kaler2 tu, satu bahagian lagi agar2 gula melaka. Kalau tanya mat, rasa dia macam mana....sedap, nak2 makan masa sejuk, laju je masuk, tapi yang mana yang tak leh maka manis sangat tu (macam mat gebu), agak2 lah kan makan, jangan main telan semacam. Mat buat 1/2 dari resipi dibawah...

BAHAN "A" :-)
10 gram serbuk agar2 (mat guna cap burung layang2)
300 ml air
200 ml santan
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 cawan gula pasir 
1/2 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
1 helai daun pandan, disimpul
3 jenis pewarna makana dan perisa (tapi mat tak letak perisa, cuma kaler sahaja)
Secubit garam (mat tambah)

BAHAN "B" :-)
10 garam agar2 serbuk
1 liter air
100 gram gula melaka, potong kecil
1/2 cawan gula pasir (mat kurang kan sikit)
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMUATNYA :-)
  1. UNTUK AGAR2 SANTAN "A" :- Satukan gula, serbuk agar2, daun pandan dan air, kacau rata dan masak hingga mendidih dan gula larut. Sementara itu satukan santan, telur, esen vailla dan secubit garam, kacau rata dengan whisk. Tuang ke dalam periuk agar2 tadi, terus mengacau hingga mendidih, guna api perlahan, matikan api dan keluarkan daun pandan, bagi kepada 3 bahagian dan letak warna berbeza untuk setiap satu bahagian, kacau rata. Tuang dalam acuan kecil sebarang bentuk (ikut bentuk apa yang anda suka, mat guna bentuk "chenta") dan pelbagaikan warnanya. Biar beku.
  2. UNTUK AGAR2 GULA MERAH "B" :- Satukan semua bahan B, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana dan kacau selalu. Kemudian tapis, biar suam.
  3. UNTUK PUDING KASIH BERTAUT :- Sediakan acuan agar2 pilihan anda (mat guna acuan silicone bentuk bunt-pan kecik2...beli kat TESCO). Keluarkan agar2 santan yang telah dibekukan dalam pelbagai bentuk tadi. Susun rata dalam acuan agar2. Pastikan nampak bewarna warni atau ikut kreativiti anda. Perlahan2 tuang agar2 gula melaka tadi hingga memenuhi acuan. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga beku. Keluarkan dari acuan dan hidangkan sebagai pencuci mulut..

Post a Comment

9 Comments

  1. wow... mestisedap nie... ngidam la... hehe

    ReplyDelete
  2. cantiknya...sayang nak makan:)
    cik mat..nak tanya pasal, sambal udang belimbing...kat n3 sebelumnya...belimbing tu letak je camgitu ye...tak yah rendam air garam dulu? just nak kepastian aje :)

    ReplyDelete
  3. kalerfulnya.mmg menambah selera

    ReplyDelete
  4. tau x npe iffah mals nk komen?


    sbb komen mesti sme

    sedap nye

    lawa gambar

    ni kire komen untuk entry2 lps la pcm eh. hahaha

    ReplyDelete
  5. As'salam Che Mat ...

    Alahai ~~~~ comel nyer!!
    mintak satu ... tapi tak mau makan nak tenung ajer~ Cantik sekali.
    hehehe

    ReplyDelete
  6. CIK MAT PUN MEMUDING GAK CAM KAK NOR..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.