BEN ASHAARI

Thursday, May 24, 2012

PAU SAMBAL @ BURGER MALAYSIA @ BATU BELAH

rsz_dsc_9901

Petang semua, assalammualaikum, huhu, baru balik ni, terus mat on9 dan update blog. Masak dah siap awal tadi, cuma tak dann nak update blog, bz sikit hari ni, dan anda pun faham kan, kami blogger masakan kalau nak update perlukan masa, Nak edit gambar (crop mana yang tak perlu) kemudian nak karang juga intro sebelum boleh tulis resipi. Pau sambal mat buat pagi tadi untuk sarapan. Kuih ni boleh dikatakan popular juga di Malaysia dan negara jiran seperti Singapura. Ianya boleh dikatakan seakan2 donat, cuma bentuk seakan2 bun, digoreng belah dua, disapu sambal dan letak hirisan timun. Mat sajalah tambah salad sedikit bagi lagi nampak berseri2...macam mat gebu, tapi aku time sengeh kurang seri sudah...adehh segan lah..kenapa, hanya mereka2 saja yang tau...

rsz_dsc_9933
Resipi ini akan menghasilkan 10 biji pau sambal bersaiz sederhana, takde lah besar sangat. Mat guna kaedah cepat, selalunya nak perap 35 - 40 minit hingga naik gebu, dan digoreng, tapi sebab nak cepat, mat masukkan dalam oven dan on kan, tapi suhu letak paling rendah dalam 45C dan biar dalam 20 minit macam tu atau hingga nampak naik gebu. Goreng dalam minyak sederhana panas, mat goreng 5 biji sekali, apa yang penting minyak tak boleh panas sangat, nanti cepat hangus dan dalamnya tidak berapa masak. Mat guna resipi yang pernah mat buat dulu, tapi mat lebihkan sedikit yeast. Ok kita lihat resipi seperti dibawah.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
1 1/4 camca teh instant yeast (mauripan)
100 ml air suam
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun secukupnya (10 keping)
Sedikit daun salad (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1/2 camca besar gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuahn berbuih2. Sementara itu masukkan tepung baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun dan selitkan sedikit daun salad, jika suka. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....


12 comments:

laskar pelangi said...

tersangatlah suka dengan burger malaysia ni..=)
fuhhh! siap ada salad lagi..selalu ada timun je.hihi;)
nak satu boleh??

H.U.S.M.Y.N.A said...

faveret sungguh ni....bila tgk gambo ni...tgn auto tergedik2 nak komen...hehe...sedapnyaaaa....

CT Delima said...

As'salam Mat

ni antara kuih pau gebu fav k.ct. pernah cuba buat dulu tapi dia tak bulat lah mat dia jadi lonjong hehehe

lain kali nak cuba gak, tapi CM kata pau ni serap minyak..camana ya agar kuih ni tak serap minyak Mat.

diana said...

nampak berseri pulak bila letak salad..kalau kat kedai2 ada timun .tapi ada jugak yang tak de timun..semata2 sambal je.

mademoiselle ten said...

suka sgt makan kuih ni....tp kuih ni semua depends pd sambal... kalau tak sedap hbsla

Salhah Suhot said...

oh..macam buat pau goreng la kan? boleh je kan terus letak inti n goreng.(kes malas nak banyak kali kerja..)hehe

Qasey Honey said...

sedapnye...mesti krup krap buger ni bile digigit...sbb ade salad n timun tu...

Mag said...

As'salamualaikum Che' Mat

Memang terbaik! nak try buatlah emm..

http://whatsinmysmallkitchen.blogspot.com/

zulfikar hazri said...

dulu kekecik aku panggil benda ni Pau goreng...

ada timun dua keping! hehe

Anish Azizul said...

suker sgt kuih nie ... alhamdulillah, ada resipi! ptg karang kita buat eh!

MamaFaMi said...

Hihihi... Mat buat Pac Man eh...

shazrina said...

nak masuk dalam lis 'mesti cube' nih :D makasey mat ..asal bukak tenet, kite mesti singgah kat sini ..sbb food mat nmpk sgt lazat ..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.