BEN ASHAARI

Monday, May 14, 2012

KURMA AYAM TOMATO

rsz_dsc_7995
Salam tengah hari, baru siap masak. Tanggungjawab, kalau tak laksakan rasa bersalah, rasa macam kita ni tak berguna dan sia2. Kadang2 ikhlas itu paling utama dan mudah diungkapkan, tapi untuk mendapat keikhlasan yang sebenar2nya, hanya Allah swt yang boleh meredhakan pada setiap insan walaupun tu doa kita setiap hari. Hari ni mat masak kurma ayam tomato. Takde lah banyak, ayam tu pun berbaki dalam 1 kati atau 600 gram. Tak merancangkan pun cuma secara spontan mat nak masak kurma ayam. Resipi biasa, mat olah sedikit. Tapi masih ada ciri2 masakan kurma. Untuk kurma, rempah ADABI menjadi pilihan mat. Manakala untuk kari mat guna BABA'S. Kalau perhatikan nanti bahan2 dia tak sama macam masak kurma biasa. Ok lah takde apa nak cerita lagi, cuma satu je lah pesan mat sebagai blogger, bila dapat yang baru, yang lama dilupa jangan....kenapa?....boleh fikir sendiri....

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 biji kentang, kupas, belah 4 setiap satu dan rendam
1 helai daun pandan, disimpul
2 batang serai, dititik
1 liter santan
1 1/2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
1 keping asam gelugor
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji bawang besar, belah 6
3 camca besar penuh rempah kurma ADABI
Garam secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji tomato
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3 biji cili merah
1 camca teh lada hitam

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kurma, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun pandan, serai dan bahan tumis hingga wangi. Masuk bahan kisar + rempah tadi. Masak hingga terbit minyak, guna api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan gaul hingga rata, masak hingga ayam kecut. Masukkan kentang, tuang santan. Kacau dan biar mendidih. Tambah kerisik, kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga ayam masak dan kentang empuk (kalau perlu tambah sedikit air).
  3. Tambah asam gelugor, gula melaka, cili merah/hijau belah dan bawang besar. Masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kuah kurma pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau roti.


7 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

lama sungguh x mkn ayam kurma..terliur saya tgk lauk CM ni

Berry Biru Kraf said...

ahh ye la lama dah x mkn kurma ayam..last makan kat restoran depan opes..tp x best sangat.....Cik Mat punya ni alahaiii.....sodap ni..

Sari Yusa Ibrahim said...

lauk kurma yang kedua saya jumpa hari ini.. suka kurma..

Citarasa Rinduan said...

dh kata dahhhhhhhh
apa y ayu masak pasti cmg masak gak

menu lauk pauk u CR ayam kurma, tapi ayu masak 4 ekor ayam.. hehehehhe... niaga mmg mcm tu, klu masak u rumah banyak2.. boleh pitammm nak abiskan

sama mcm cmg., guna serbuk rempah jenama ADAbi..

nak tulis lagi, kita memang serasiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. heheheh

Cik Puan Izan❤ said...

lama dah tak masak kurma ayam... ada idea utk msk mlm ni...hehe

Rozuan Ismail said...

dah lama tak makan ayam masak kurma

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Memang dah lama cari resipi masak kurma yang macam ni..Bapa mertua saya orang Muar bila dia masak kurma... emm sangat sedap, anak, menantu & cucu menjilat jari makan hehehe

Minta izin CMG nak C&P resipi ye

Terima kasih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.