BEN ASHAARI

Monday, May 7, 2012

KARI AYAM...MASAK GUNA PRESSURE COOKER

rsz_dsc_7100
Assalammualaikum, selamat petang...hmmmmm..mengeluh?, taklah cuma geram, takpe lah kita tinggalkan perasaan geram2 ni semua, tak elok, nanti cepat tua (memang dah tua punggg). Entri kali ni nak share resipi kari ayam, alah masakan biasa saja. Mat masak guna ayam pencen, jadi nak cepat mat masak guna periuk tekanan atau pressure cooker kata omputeh. Sebenarnyakan pressure cooker ni dah berpuluh tahun berada di pasaran, cuma kita saja yang kurang biasa guna. Di zaman canggih ni lagi lah, ada pressure cooker elektrik lagi, yang tu mat ada juga, tapi tak guna lagi...nanti lah baru test dengan itu toy. Satu mat nak pesan pada mereka2 yang rasa2 nak guna pressure cooker, WAJIB baca buku panduan dia, sebelum guna. Satu kelebihan pressure cooker ialah, selain menjimatkan masa, ia mengekalkan zat2 yang ada dalam makanan, kerana ia dimasak dengan cepat (walaupun kita tau sebahagian zat2 makanan akan hilang bila terkena haba). Contoh macam ayam pencen yang mat masak ni, hanya makan masa 15 minit untuk ayam tu empuk. Kalau anda masak secara manual, sekurang2nya satu jam lebih baru ayam tu empuk. Jimat gas pun yea juga kerana kita akan guna api paling minima dalam proses memasak. Ok, sebelum kita mula dengan resipi, jomm undi dulu, untuk blog masakan pilihan mat di sini, dan blog satu lagi di sini...boleh kan, sekadar membantu teman2....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen @ ayam tua 
4 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam
2 batang serai, titik
1 inci lengkuas, dititik
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Air jika perlu
3 camca besar cili kisar
4 camca besar penuh rempah kari ayam (mat guna Baba's)
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 pelepah daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

P1310190P1310194P1310196P1310201P1310203P1310204
CARA-CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong ikut suka, buang kulitnya dan cuci bersih, toskan. Satukan rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk tekanan (mat guna minyak zaitun). Masukkan serai, lengkuas dan bahan2 tumis, tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah bahan kisar halus + rempah kari tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dan biar hingga ayam kecut sedikit. Tuang santan cair, hingga ayam tenggelam, jika tidak cukup, tambah sedikit air. Kacau rata dan masukkan sedikit garam. Tutup periuk tekanan tadi dengan penutupnya. Pasangakn juga "injap"nya.
  4. Masak dengan api besar hingga "injap" pada pressure cooker terangkat sedikit dan mengeluarkan bunyi berdesir. Pada masa ini, anda kecilkan api pada tahap minima. Terus memasak selama 15 minit. Bila cukup masa, matikan api. Bawa pressure cooker ke dalam sinki dan lalukan air paip atasnya (seperti dalam gambar), hingga bila anda sentuh injap periuk, ia tidak menghasilkan apa2 bunyi. Tarik injap keluar dan matikan air paip.
  5. Berhati2 bukak periuk tekanan tadi dan alih kan kari tadi ke dalam periuk biasa. Masukkan kentang dan asam gelugor, terus memasak hingga kentang empuk, tambah santan pekat, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato, masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau roti canai....
CATATAN MAT GEBU :- Dalam jarak waktu 15 minit anda masak menggunakan pressure cooker tadi,  periuk akan mengeluarkan bunyi berdesir melalui injapnya, ini kerana ia melepaskan lebihan wap yang terkumpul dalam periuk, jadi anda tak perlu risau ok, terus kan hingga waktu masakan cukup 15 minit.. Selamat mencuba!..

2 comments:

Rozuan Ismail said...

wah,pressure cooker. moden sgt.huhu

Nor&Lee SweetMemories said...

Pergh...ayam pencen masak kari guna pressure cooker la... saya pun sama gak CMG. Dia punya rempah meresap terus ke isi ayam..mantap...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.