AKU STRESS DENGAN "MAMAFAMI" TAU!!.

rsz_dsc_7145
Hahaha, mesti "MamaFami" cili molot mat gebu kejap lagi, tengok lahh tak esok lusa dia call nya, huhu takuttttnyaaaaaaaa!!!!. Ala releks, saja je, bikin gempar. Entri malam ni pun mat tak terlintas nak buat. Petang tadi saja lah masuk blog senior (ehem..ehem) MamaFami, yelah dia kan dulu guaa nya mentor beb, ehh femesss tau itu makcik, masa mat gebu belum ada blog, dia dah mula dahh masak2 ni semua, lagi2 kat fotopages dia dulu. Jadi masa mat mentelaah blog mama, sekali ternampak (walhal entri tu yang muncul dulu, konon2lah mat "ter"nampak..) dia ada bikin ini satu kue teow sup cukup2 memikat jiwa dan raga ku. Mula2 siap kata...alaaa kue teow sup je pungg, bukan apa sangat, sekali bila check2 balik, renung dia nya gambar kat sini, ai sudahh pal in lap oredi...jadi dengan gigihnya mat gebu buat, tapi seperti biasalah, guna apa yang ada, kalau mama guna daging, mat guna udang..Mat buat untuk makan 2 orang (mat dan bonda). Sedap lah, ringan je, rasa nyaman jee, rasa syokk je masa hidup2 kuah dia tu...tergodaaa tak?...Ok malas nak cerita lagi, kita semak resipi dan terima kasih MamaFami... (^___*). 

BAHAN-BAHANNYA :-)
Kue teow secukupnya (mat guna dalam 300 gram), cuci, tos dan ketepikan
1 biji bawang besar sair sederhana, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 inci halia, hiris halus
1 kiub ikan bilis (mat tambah)
3 - 4 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 biji telur
1/2 batang saleri, hiris
1/3 batang lobak merah, hiris nipis
4 tangkai sweet pea, kerat 2 setiap 1
3 pelepah sawi putih, kerat berasingan daun dan tangkai
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Beberapa titik minyak bijan
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk atau kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan udang dan goreng hingga udang berubah warna. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. 
  2. Tambah lobak merah, tangkai sawi dan saderi. Masak hingga lembut. Perlahankan api dan pecahkan telur ke dalam kuah, biar hingga telur mengeras. Masukkan daun sawi, sweet pea dan lada sulah. Masak sekejap.
  3. Masukkan minyak bijan dan garam secukup rasa, jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan kue teow, kacau perlahan, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai, tabur bahan2 untuk hiasan dan hidangkan segera selagi hangat...

Post a Comment

5 Comments

  1. Assalamualaikum CMG...
    memalam singgah cnie nampak kue teow tu mmg terliur tgk tau... fav tu... sedapnya...

    ReplyDelete
  2. wawawa...
    Jejes air liur tgk udang nan seksi tu...

    Cmg, tajuk tu bt daku suspennnn jer.. Ahakss.

    Tapikan, time hujan2 layan sop2 mmg trangkat ooooo

    ReplyDelete
  3. Wah! Sedapnya... Kwey tiow sop dengan udang.
    Nak makan jugak..
    Terima kasih kerana berkongsi resepi ni cik mat. Saya sukaaaaaaaa sangattt ;)

    ReplyDelete
  4. aku gi masak meggi skrg mat! buh udang! dengki betul...

    ReplyDelete
  5. Tannnnjat gegirl! Ingatkan apalah yang mama dah buat sampai ko seteres Mat.. hish ko ni tau...

    Tak de maknanya mama nak cili molot Mat. Buat bazir cili mama je, baik mama buat cili jeruk, makan dengan kue tiau sup. Hahahaha....

    Anyway, terima kasih banyak ye Mat kerana sudi menaikkan traffic blog makcik. Jasamu ku kenang... isk isk isk.. terharu la pulak, masih ada yang sudi jengok blog 'SENIOR' ni kaaannn... hihihi...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.