AYAM PANGGANG LADA HITAM.

rsz_dsc_9971
Salam, kali ni kongsi resipi ayam. Tapi ayam panggang lada hitam. Konon lah kan hidangan sihat. Tapi boleh dikatakan macam tu lah, sebab tak guna minyak, dan bakar dalam kuali ajaib. Nasib baik bakar ikan tak tukar jadi ayam. Ini mat buat semalam, tapi semalam masa tidak mengizinkan sunguh untuk mat masukkan ke DTS. Untuk resipi ini mat guna 4 keping ayam bahagian peha yang agak besar. Mat kelar2 sedikit dan perap dengan rempah ratus 5 - 6 jam dalam peti sejuk. Resipi macam ni anda boleh buat awal, dan simpan, bila nak guna keluarkan dan bila lembut, boleh bakar atau panggang dan kalau nak senang guna kuali ajaib macam mat selalu guna tu, seriuss berbaloi, alah apa lah sangat setakat 100+ untuk kuali tu kalau nak banding dengan kemudahan yang akan anda nikmatinya masa memasak. Sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi ayam dan sebagainya. Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 kepingan peha ayam yang lebar
4 camca besar sos lada hitam
1 camca besar madu
1 camca besar kicap cair (atau secukup rasa)
Daun salad untuk hiasan
Tomato didadu besar, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 inci halia
2 batang serai, hiris halus
1/2 inci lengkuas
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dicuci bersih, buang kulit dan kelar sedikit atau anda boleh cucuk ayam tadi dengan garfu. Toskan dan masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus sos lada hitam, madu dan kicap cair secukup rasa. Gaul rata dan perap dalam peti sejuk 5 - 6 jam.
  2. Panggang hingga ayam masak (mat guna kuali ajaib tu saja). Balik2kan ayam dan oleskan dengan bahan2 pemerap tadi semasa proses memanggang. Bila ayam masak boleh lah dikerat2. Susun dalam pinggan yang telah dialas dengan daun salad. Hias dengan tomato yang didadu dan hidangkan...

Post a Comment

5 Comments

  1. dengan kuali ajaib blh buat pelbagai menu sihat kan CM. minta sket ayam tu...huhu.terliur

    ReplyDelete
  2. Mat, kalau Mat jalan-jalan, ada jumpa kuali yang kalau kita bakar ayam jadi ikan, bagi tahu eh. Nak gak sebiji sebab mama tak kuasa nak siang ikan. Kalau ayam senang sikit kerja. So, mama masukkan ayam dalam kuali, bila bukak jadi ikan... I like!!!!

    ReplyDelete
  3. Wah tergodaaaa lg tau tgk ayam tuu... Sedaaapnyaaa

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    Saya memang suka masakan ada lada hitam...selalu juga panggang begini
    Fuhhhh best! sedap!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.