BEN ASHAARI

Friday, May 18, 2012

ASAM PEDAS AYAM...AYAM PEDAS ASAM

rsz_dsc_8817
Salam semua, semalam kat FB, mat ada kata plan nak masak ayam asam pedas. Kata orang asam pedas ayam ni masakan orang2 Johor, tapi mat pun akan kata yang sama, sebab orang Johor suka masak asam pedas ayam, ada tu mereka letak nenas. Daun kesom dan bunga kantan adalah bahan2 herba yang penting sebagai penambah aroma. Yang ni mat guna ayam pencen, kalau anda guna ayam daging yang cepat empuk tu pun ok, kalau dapat ayam kampung lagi lah ok. Mat campur terung dan tomato, tapi kalau taknak letak pun takpe. Nampak macam cair sikit kan asam pedas mat tu, ada orang suka asam pedas yang pekat, mat pulak suka yang agak sederhana, tak pekat sangat dan tak cair sangat. Masak dia mudah, macam asam pedas ikan juga, tak banyak beza, cuma halia tu kasi lebih sikit dan mat ada letak lada hitam, tu saja kot, yang lain2 sama saja. Ok sebelum kita lihat resipi, singgah dulu ke entri pilihan DTS di sini... Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1kg ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa (atau secukupnya)
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 kiub ayam (optionl)
1 biji terung bulat, kupas sedikit kulit, belah ikut suka, rendam
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 camca teh lada hitam biji
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisardan serai hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar aya kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan jus asam jawa, kacau, tambah bunga kantan dan daun kesom. Bila mendidih, masukkan terung, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih hingga terung lembut.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain... Selamat mencuba!!...

8 comments:

hajar said...

waaa.... peberet2... mai semangkuk.. hehe

laskar pelangi said...

aduhai...menyelerakan =.=
sangat terliur...uhuk3x

Yatie said...

takleh kata apa daaaa...syedappp..syedappppp..syedappppp asam pedas ni.....my febret tawwww..

ieda said...

tak pernah try lagi asam pedas ayam. nak kena buat jugak ni. nampak macam sedap je

CitarasaKu said...

Salam ....mengoncang selera laa pulak walupun lepas makan. Nampak sedap la...

CitarasaKu said...

Salam ....mengoncang selera laa pulak walupun lepas makan. Nampak sedap la...

Rozuan Ismail said...

amboi, terus lapar

kakchik@ella said...

alalalaa .. asam pedas mmg feveret kc cik mat.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.