BEN ASHAARI

Monday, May 28, 2012

AGAR-AGAR CENDOL....KESAH HARI INI.

rsz_dsc_0535
Salam semua, sehat?..Mat ok saja, cuma selsema sikit, tapi dah makin pulih. Hmm, hari ni kan bukan macam hari ku saja. Ntah lah, rasa macam buat apa2 serba tak kena, tadi pergi beli barang dapur dan pagi lagi mat dah siap masak lauk, cadangnya sebelum pergi tu (dalam jam 10 pagi) baru masak nasi. Tapi kan mat boleh terlupa langsung pasal nasi tu. Cukup time mat dan abang mat terus je pi, huhu hal nasi tu langsung tak ingat dah.. Mula2 pi MyDin, dan hari ni ok sikit, eskalator (jenis yang rata tu bukan tangga) dia dah berfungsi balik, elok lah macam tu, kalau tak jenuh nak menghangkut barang2 kita beli, yelah tak leh nak bawak troli sampai kat kenderaan masing2. Di Tesco semua ok2 saja. Lepas siap semua kami balik dan mat terus masak nasi. Lepas santap tu, mat plan nak buat agar2 cendol, tapi tak berapa nak puas hati lah. Rasa ok, tapi gula melaka tu mat tak suka, sebab banyak kotoran, dah tapis 2-3 kali masih ada bendasing halus2, mood pun macam kelaut saja, gerammm....grrr...Walaupun begitu ia masih boleh dimakan, sedap dihidangkan sejuk. Resipi seperti dibawah ini dan anda juga mungkin meminati yang ini....Terima kasih..

BAHAN-BAHAN "A" :-)
5 gram agar2 serbuk (mat guna cap burng layang2)
60 gram gula melaka, potong kecil*
3 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
650 ml air
Sedikit pewarna coklat
Gula (extra)

BAHAN-BAHAN "B" :-)
5 gram agar2 serbuk
250 ml pati santan
400 ml air
1 camca besar gula
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa (nak bagi rasa lemak sahaja)

BAHAN LAIN :-)
Cendol secukupnya.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK AGAR2 GULA MERAH (A) :- Satukan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan 200 ml air , masak hingga gula larut, tapis dan ketepikan. Satukan baki air dengan serbuk agar2. Kacau rata dan masak hingga mendidih dan agar2 larut. Tuang gula merah dan masukkan sedikit pewarna coklat. Biar mendidih perlahan dan jika kurang manis, tambah gula lagi, ikut manis mana yang anda suka. Tuang ke dalam loyang berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci...ketepikan sebentar.
  2. UNTUK AGAR2 SANTAN (B) :- Satukan serbuk agar2, air, daun pandan dan gula, kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah santan, dan kacau rata. Masukkan sedikit garam biar rasa lemak2, kacau rata dan biar suam.
  3. UNTUK AGAR2 CENDOL :- Bila agar2 gula merah hampir keras, cakar2 permukaannya dengan garfu, kemudian tabur cendol secukupnya atas agar2 gula merah tadi. Ratakan. Tuang pula agar2 santan atasnya hingga habis. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk hingga agar2 keras. Potong dan hidangkan sejuk..


11 comments:

Iffah Afeefah said...

patutla sal gule rupenye

sbb rupe da lawa sngt da

Mat Gebu said...

@ iffah - tu lah, gula tu pun pcm rasa tak brapa nak ok lah...tak wangi pun...nasib baik masak dgn daun pandan....huhu

Ummi said...

Hehehe..bendasing xpaa...jgn makhluk asing ke, jin ke....ai takuuuuttt...hehehhee

Mat Gebu said...

@ kak ummi- haha, keji tau..kak, makhluk asing kena tunggu Khamis malam Jumaat...pitammm >___<

misshannajr said...

ok jer pun ghupenya tu cimat! nmpk sodap hehe

Nur-nba said...

Sedapnya agar-agar ni.. Tahniah buat CMG sebab blog ni masuk dalam rancangan Nona semalam.

Rima said...

Beautiful agar agar... i like!! dah lama betul tak buat agar agar cam gini.. nak kena cari gula melaka dulu cos stock nan ado

Ainn Hazwany said...

dapnyeeeeeee !!!!! :)

Chah said...

Clear n segar je warna cekelat tu, mungkin makhluk asing kt dlm tu x dok diam cikmat, depa kasik clear2 dan cantik2 kan warnanya tu..agar2 lemak manis ai suka, sepanjang masa...letak je depan idung licin, asal licin sbb letak depan idung...heeee

Liza @ Adzriel AB said...

alamak... dah copy gambar baru nak bagitau. jgn marah je.. agar2 ni sangat menggoda.

::cupcakeskembang3bulan:: said...

salam Mat...

Salam perkenalan...
Kagum saya dengan blog ni...
Banyaknya resepi dan semuanya
nampak sedap-sedap...
Rajinnya hari hari memasak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.