SAMBAL TUMIS TELUR PENGANTIN.

rsz_dsc_4025
Salam semua, sambal tumis telur pengantin, nama yang cukup panas, sampai mak mertua pengantin perempuan nangess meraung2...Mau taknya, menantu takde telor!!...haha, erkk ter 18 sx pulak. Musim orang kawen sekarang tak macam dulu, sekarang berkat dah bertukar rupa, dari bunga telur kepala goody beg (betul ke ejaan aku tu?). Kalau dulu dapat telur rebus, paling cikai pun telur dibalut dengan tisu kaler merah, gulung2 dan ikat. Kalau nak lawa lagi, ada pulak sarung telur yang kilat2 tu, ada macam2 kaler. Di negeri Johor, selain telur rebus biasa, mereka buat telur pindang dan untuk bunga telur mereka guna telur asin. Tapi bukan semua lah, hanya sesetengah orang saja yang buat macam tu, tapi kalau dulu yea, ramai yang buat. Mat baru2 ni dapat 7 biji telur pengantin, telur pindang lagi. Jadi mat guna lah untuk buat sambal tumis. Kalau nak makan macam tu je macam tak bess. Selain sambal tumis, boleh juga masak kari, kurma dan acar...kalau nak test masak paceri pun boleh. Ok, kita lihat resipi senang banget nih... Jommm...

BAHAN - BAHANNYA :-)
7 biji telur pengantin (telur rebus)
1/3 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 kuntum bunga kantan, belah 4
1 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Telur dikupas, kemudian goreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili, masak hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa dan tambah garam secukup rasa. Masukkan juga sedikit gula. Masak hingga pekat. Tambah bawang besar, bunga kantan dan telur. Gaul rata, biar hingga bawang lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng..

Post a Comment

6 Comments

  1. Ala Mat, janganlah sebut telur pindang.. mama allergic.. mama pantang.. pantang jumpa. Ngap gitu je.. I like!!!

    ReplyDelete
  2. @ mamafami - salam mama, haha, aikk baru lepas hari takkan ngidam lagi mama....kes diluar jangkaan nihh.

    ReplyDelete
  3. mak eka pun selalu buat telur mcmni lagi2 dapat telur pengantin..
    sambal ngan kari letak ikan bilis dan kentang..

    fuhh mmang tak pandang mak mertua..haha

    ReplyDelete
  4. @ cik eka - kann....jimat pun yea. tapi sekarang dah kurang orang bagi telur masa majlis nikah kawen...

    ReplyDelete
  5. Salam, Cik Mat, adik beradik saya lima, campur mak & abah jadi tujuh. Jadi sambal telur pengantin ni memang selalu jadi lauk tiap hari sabtu atau ahad. P/S : Ingat tak, dulu2 negeri Johor, cutinya hari Jumaat, Sabtu, jadi biasanya kenduri kahwin orang buat hari Jumaat, ingat tak???

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.