Malam semua, mungkin ini entri terakhir.................untuk hari ini....hehe. Siang tadi saja2 nak test buat Ikan Percik Gaya Kelantan. Nampak macam bess jee dann memang bess pun. Mat guna 3 ekor ikan kembong jenis dempak, atau ada orang gelor ikan Mabong. Ia sedikit berbeza dari ikan kembong biasa. Sebab badan ikan mabong ni agak lebar dan rasa dia lebih sedap. Ikan kembong antara ikan kegemaran mat, masak apa saja kena, asam pedas, singgang, panggang, goreng dan sebagainya. Tapikan, ada orang kata, ni orang kata bukan mat gebu kata, ikan kembong ni gatal....erkk, orang pantang tak bley makan, tapi kalau orang pantang nampak..boleh makan...hehe. Apa2 pun terima kasih lah pada yang sudi singgah DTS, kita berblog ni tak boleh paksa orang suka blog kita. Macam mat tulis kat wall FB petang tadi, pengisian blog kita buat...penilaian pengunjung yang buat....betul kann?.. (^__*). Jomm resipi..
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong saiz besar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar tepung jagung*
2 camca besar air*(*disatukan dan bancuh hingga rata)
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
15 biji cili padi
1 batang serai, hiris halus
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan disiang, cuci bersih dan kelar2 sedikit. Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perap sekejap.
- Satukan bahan tumbuk, asam gelugor dan santan, kacau rata dan masak hingga panas, tambah garam secukup rasa (jangan banyak sangat, sebab ikan dah letak garam) dan sedikit gula. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan masak hingga pekat. Ketepikan.
- Panggang ikan tadi setengah masak, kemudian lumur dengan no. 2, terbalikkan dan masak sekejap dan lumur lagi bancuhan santan. Buat kaedah sama pada semua ikan tadi sambil dipanggang dan dilumur dengan bancuhan santan hingga habis. Panggang sekejap lagi dan boleh angkat. Hidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Seperti biasa mat guna kuali ajaib sebab ia lebih mudah. Kuali ajaib tu bukan nya kalau bakar ikan bole tukar jadi ayam..ok...nak tengok ke Kuali tu, boleh klik sini... Selamat mencuba!!!..
12 Comments
nape gambar ni macam cantik? err..kbai
ReplyDeletesuka dgn ayat cmg, part paksa orang baca blog kita..
ReplyDeleteAyu suka kawan dan kalau boleh nak masuk semua blog sahabat y lain., tapi sentiasa sibuk...
PS: thanks syer ttg ikan percik tu ya, nampak resepi macam ngam jer....
sedappppnyer.. ;)
ReplyDeletebestnya...boleh try ni
ReplyDeleteSalam cik mat,
ReplyDeleteTeruskan usaha anda merakam resipi2 di blog ni. Saya dh cuba beberapa resepi tuan dan Alhamdulillah kesemuanya menjadi. Smlm saya cuba resepi bun burger dari blog nih dan sangat2 gembira kerana buat pertama kali percubaan membuat roti menjadi. Saya dapat merasakan keikhlasan dalam setiap entry cik mat, mudah-mudahan usaha cik mat ini Allah terima sebagai amal jariah kerana antara yang dibawa mati ialah ilmu yang berguna. Setiap kali masakan menjadi dan keluarga memuji saya tak lupa berdoa untuk kebaikan pemberi resepi termasuk cik mat. Keep it up cik mat! Harap jangan putus asa dalam berblogging. When you are down always remember orang yang menyokong lebih ramai dari yang mencela
Assalamualaikum Che Mat,
ReplyDeletetaklah susah sangat sediakan ikan percik gaya kelantan ni kan, minta izin ye, nak try bila senang nanti, tq Che Mat.
tetiber teringin nak balik kelantan =)
ReplyDeletebestnyer ikan percik ni...nnti nak try buat lak..
ReplyDeletefulamakkkk ikan percik gaya Kelantan lagi....ahai cek mek molek..mmng molek sungguh ikan tu bila bersebelahan dngn munger merah...laworrrrr sangat2..he3....lenkali wat gaya Johor plk eehhhh..
ReplyDeleteHarini nak masak gulai tp terbaca plak ikan percik cmg, aduhhh tukar menula..:)
ReplyDeleteSaya mencari resipi ayam percik versi kelantan sebenarnya. Boleh guna resipi yang sama ke? :)
ReplyDelete-pembaca setia DTS sejak 2009-
bahan ada..apa lagi.esok menu ni la kowt,hehe
ReplyDeletejemput ke blog nana
https://www.diyanarazim.blogspot.com