SAMBAL IKAN PARI DAUN KUNYIT..

rsz_dsc_5804
Ok, entri mudah kali ni, hanya sambal tumis ikan pari, tapi mat letak hirisan daun kunyit. Serius rasa dia sedap. Walaupun ia hanya sambal tumis, bila anda buat sedikit penambahan, ia akan bertukar rasa dan aromanya lebih mengasyikkan. Selain ikan pari, anda boleh ganti dengan ikan kembong atau ikan selar kuning. Teringat dulu, masa kita orang kecik2, bonda kerap masak sambal ikan tapi guna ikan air tawar, selalunya guna ikan seluang, sebab ikan tu tulang dia tak banyak, hanya di bahagian tengah sahaja. Selain tu ikan keli dan ikan haruan pun sedap juga. Mat guna dalam 4 ketul ikan pari, dan saiz dia agak besar, mat kerat dua setiap satu ketul. Kemudian kita goreng dulu, lepas tu baru masak sambal. Ok sebelum kita lihat resipi, nak ajak anda vote geng masak2 pulak, yang ni mat sendiri bagi sokongan moral pada beliau di sini...sudi2kan lah yea...naik kan martabat blog masak2 agak jangan dipandang rendah...Kalau orang tanya blog DTS macam mana pulak. Cukup lah apa yang anda lihat sekaran ini, mat malas nak stress, berblog lah dengan gembira. Terima kasih yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 -7 ketul ikan pari, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. 
1 helai daun kunyit, dimayang halus
4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci belacan*
Sedikit hirisan lengkuas*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan pari digoreng tapi jangan sampai garing, kasi dia embal2 sahaja. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Tambah garam dan gula secukup rasa, kacau dan masukkan ikan pari goreng, gaul rata dan masukkan jus limau kasturi. Masak sekejap, tambah hirisan daun kunyit, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng pekak. Pasti tak menyesal punya lahh!..

Post a Comment

8 Comments

  1. Wowwwwwww... sedapnyer! sy tak mkn ikan pari nnti nak try guna ikan kembong lah... nway mmg nmpk sedap!

    ReplyDelete
  2. @ Mas Michiko - ganti dengan ayam pun sedap..

    ReplyDelete
  3. haccccumm!! terbersin bau sambal tumis abg mat yg mengancam tu...hehehe lapar la...

    ReplyDelete
  4. Ayam... ok jgk tu! resepi baru... mesti cuba! tq CM...

    ReplyDelete
  5. salam,
    betul tu mat...lepas ni kkida tak nak dah join apa2 competition ni...takda paedahnya...hehe...tapi sebab dah terlanjur join tu nak buat macam mana....teruskan jugalah...kata orang terlajak perahu boleh patah balik...huhu...
    btw, terima kasih mat kerana berikan sokongan pada kkida...:)

    ReplyDelete
  6. waaaa meleleh air liur mieza tgk sambal ni che mat...

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap. Boleh cuba.. selalunya ikan pari sy wat msk asam pedas je!

    ReplyDelete
  8. Pehhh..apa kehal nampak sedap amat pari tuu?? ni kalo makan dgn nasi lemak pun leh terangkat telinga nih..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.