LEMAK PUTIH UMBUT KELAPA.

rsz_dsc_5795
Menu apa santap tengah hari tadi?...Mat ni hari masa yang biasa2 saja. Dan resipi yang mat letak ni bukan lah mat masak ni hari, tapi semalam. Anda pernah makan umbut kelapa?..Pada mat umbut kelapa lebih sedap dari rebung. Manis dan rangup, selain masak lemak, boleh juga dibuat acar. Yang ini Bak beli masa dia pi pasar tani Jumaat lepas. Lepas di dihiris dapat lah kurang lebih 800 gram, dan seperti biasa atas permintaan, mat masak lemak putih. Umbut ni bila anda hiris atau sagat, segera direndam dalam air, kalau tak ia bertukar jadi lebam. Mat tak celur pun umbut ni, tapi mat masak dulu dengan santan kemancar (santan cair) hingga agak lembut. Kalau celur habis dah kemanisan umbut kelapa tu. Bila mat letak resipi2 mudah, ia lebih menyenangkan untuk anda. Tujuan berkongsi masakan2 yang lebih cenderung pada masakan tradisi ialah untuk mengekalkan resipi warisan orang2 kita. Kalau bukan kita, siapa lagi.  Jangan kata ia tak penting, bila tiba masanya anda akan tau kegunaannya... Jomm undi di sini, sekali sehari saja, kalau dah undi terima kasih. Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram umbut kelapa yang telah dihiris, rendam
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk hancur
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Cili merah untuk hiasan
1 biji bawang besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan umbut kelapa (toskan) ke dalam periuk bersama serai titik, hirisan bawang besar, bawang putih dan santan cair. Masak hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala. Masak hingga umbut lembut sedikit.
  2. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau rata dan biar mendidih perlahan dengan api kecil. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan cili merah hiris, masak sekejap , rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin..

Post a Comment

8 Comments

  1. salam che mat pagi2 dah keluar sayur yg sedap nie..telan iar liuq jer la kak ilah.. teringat masa duduk di port dickson ada pokok kelapa 13 pokok keliling banglo kuarters kak duduk.. kena tebang 8 pokok serentak sbb kes ribut besar di PD dulu ..pokok tumbang tepi umah kak.. mmg jenuh masak laa umbut kelapa nie.. siap simpan dlm esbok....yg 2 pokok jer akak amek.. yg lain jiran2 laa mau sejuk badan kalu habis kan semua.. tupun makan masa 2 bulan nak habiskan... hehehe

    ReplyDelete
  2. @ kak lah - adehh sebenarnya utk n3 jam 3 ni kak, hehehe, saya sibuk sikit tu yg buat autopost...huhu

    ReplyDelete
  3. patut lah ada masalah masa nak post komen tadi... kak takut juga apa ke hal tadi,,,, rupanya masuk juga komen nie syukur..

    ReplyDelete
  4. wah sedapnya sayur lemak cik mat
    kalau rajin tu mehlah singgah blog akak ^_^

    ReplyDelete
  5. Memang agak jakun aku nengok tapi sangat menyelerakan.... :)

    ReplyDelete
  6. hri tu bru pas mkn kt knduri...sedapp..

    ReplyDelete
  7. kat kl ni mana nak beli umbut kelapa ni ekk? mcm x penah jumpa jer?

    ReplyDelete
  8. siap beli umbut di miri.bawabbalik semenanjung sbb teringin sangat.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.