BEN ASHAARI

Wednesday, April 4, 2012

RENDANG AYAM ALA NYONYA..

rsz_dsc_1738
Lepas udang, kita masak rendang ayam pulak. Rendang ini ada gaya orang2 peranakan, mat lebihkan penggunaan daun limau purut dalam 4 - 5 helai macam tu, hirisan daun kunyit pun ada mat letak, tapi memandangkan sekarang daun kunyit agak terhad pengeluarannya, maka kena lah berjimat. Ini satu masakan yang mudah. Si mat tu takdenya yang tak mudah, semuanya mudah belaka..Laa memang betul, mudah mat kata lah mudah. Kalau susah kata lah susah sedikit, kalau kata susah banyak, babai leer resipi nko, tak de sapa nak buat...kecuali mereka2 yang sabar dan punya waktu yang banyak. Kalau anda nak guna daging pun boleh, guna daging batang pinang, kalau nak cepat disediakan. Kalau nak lebih adventure, ganti dengan udang, tak pun sotong. Untuk rendang ini, kerisik yang mat guna bukan lah macam kerisik kita orang2 melayu, ia lebih kepada kelapa yang digoreng tanpa minyak hingga perang, kemudian ditumbuk hancur, tapi bukan sampai berminyak macam kerisik biasa. Kalau dah bersedia, resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, hiris halus
1 keping asam gelugor
1 liter pati santan
3 camca besar kerisik
Garam secukup rasa
1 camca besar penuh gula melaka
1 senduk nasi cili kisar
2 camca besar rempah kari daging (Baba's)

BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3/4 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
5 batang serai, hiris halus
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Bancuh rempah kari bersama bahan kisar halus. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi dan kacau hingga rempah garing dan terbit minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit. Tuang santan, kacau dan bila mendidih, masukkan daun limau purut dan asam gelugor. Masak hingga pekat, tambah kerisik dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Tambah gula melaka dan kacau perlahan. Masak dengan api kecil hingga rendang pekat, terpulang samada anda nak kering atau berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata, rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau ketupat...

8 comments:

aDisH.sHidA said...

telan air liur eh.....sedap meratah nie..xnak makan dgan nasi hehehe

akan cheq cuba lepas nie

Sis-Lin said...

Ye laaaaaaa...pengsan sebab nampak ni haaa...jap2 lagi ni pengsan la aku ni..huhuhuhuhu

Lama kan x masak rendang, tak raya mesti tak buat, hehehhe malas nk berdiri lama kacau kat kuali sebenarnya...hehehehe

kakchik@ella said...

Kita tak penah makan rendang nyonya. bak la sini sikit cik matttttt.

Ana Farhana said...

sodapppnyooo.. alahaii rondang ehhh

yuyu Zulaikha said...

tak pernah saya buat, jadi.. asyik tak sedap je T_T

una imana said...

buat orang kecur liur...:)

Zee.Zee™ said...

thank you!

Miss Nurul Atikah said...

sedapnye!! sumpah terliurrr.. my fevrot nihh! i like (^_____^)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.