BEN ASHAARI

Wednesday, April 25, 2012

MIX FRUIT POUND CAKE

rsz_dsc_5229

Salam semua, dah minum petang...erkk tak berapa nak petang dah rupanya. Seperti mat tulis dalam entri lepas, mat ada buat kek tadi. Bila kita dah terbiasa membuat kek, tangan tu akan gatal je nak baking, tak makan pun takpa, janji boleh baking. Cuma mat bukan lah jenis boleh dipaksa untuk membuat sesuatu kecuali keadaan menginginkannya ia begitu. Resipi kek ini asalnya dari sini, tapi mat telah oter sedikit mengikut kesesuaian bahan2. Kek ini kalau anda buat boleh guna acuan berlubang tengah atau bundt pan, kalau tin bulat boleh guna tin berukuran 8 inci. Tadi mat konon guna tin yang mat rasa sesuai, sekali kan, kan masa bakar, dia over the limit, terus melimpah keluar..huhu, tu pasal kek ada kesan2 bedah plastik dibahagian tepinya. Tapi yang meleleh atas loyang tu jadi garing dah macam biskut pulak....sedapp!!..

rsz_dsc_5316

Kek ni tak manis sangat, sebab mat ganti gula kastor dengan gula perang atau soft brown sugar. Sebab dah ada mix fruit, jadi ok lah ganti dengan gula perang. Mat tambah juga 1/2 camca teh soda bicarbonate, ini sebagai pemangkin, memandangkan kita ada letak mix fruit. Kalau anda nak tambah sedikit esen oren juga sesuai. Mat guna esen vanilla saja. Satu petua untuk mengelakkan buah2an mendap bila dibakar, buah2 kering atau mix fruit tadi anda gaul dengan tepung yang ada dalam resipi. Mat pun kehabisan mix fruit, tu yang nampak tak berapa nak meriah sangat. Apa2 pun kek ni sedap dan senang dibuat. Kita lihat resipi tapi sebelum tu, bagi siapa2 yang belum VOTE, minta jasa baik anda klik sini, terima kasih....mat pun sekadar membantu mana yang boleh tu saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
180 gram mentega
140 gram gula perang @ soft brown sugar
2 biji telur gred A
220 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
120 gram mix fruit
100 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla (atau boleh guna esen orange)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 8 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Atau jika guna bunt pan, lenser dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung, biar tinggal lapisan nipis yang melekat pada bahagian dalam tin. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga pucat. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Jarak waktu antara sebiji telur ialah satu minit. Sementara itu, gaul mix fruit dengan tepung yang telah diayak, gaul rata.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan mix fruit + tepung tadi berselang seli dengan susu segar, hingga habis, tambah esen vanilla dah gaul rata. Tuang dalam tin dan bakar selama 45 - 50 minit atau hingga masak. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan...

4 comments:

MANISMANIS said...

tak kuat tengok....tangan uda gatal pengen coba resepinya...

i'mNOTmasterchef said...

wah2, nmpk gebu je~

Rozuan Ismail said...

kalau dapt mixfruit yg fresh mesti lagi sedap kan

i'mNOTmasterchef said...

erm, cik mat, kalau boleh, promote lah blog saya. Saya pon buat blog resepi juga. bnyk jugalah ambil resepi dri blog cik mat. harap dihalalkan. :)
http://akubukanmasterchef.blogspot.jp/

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.