BEN ASHAARI

Sunday, April 1, 2012

CRANBERRY POUND CAKE..

rsz_dsc_1508
Jumpa lagi, tadi petang saja2 lah mat nak cuba buat poundcake. Ini resipi olahan, asalnya kek pound biasa tapi mat tambah cranberry dalam dia. Beberapa hari lepas, masa mat singgah di kedai baking, dengan secara tak sengaja ter rembat cranberry kering, erkk, maaf bukan sengaja ok, TER...tu kira tak sengaja, betul tak. Kek ini buat dia mudah, dan rasa dia sedap. Selain cranberry, anda boleh juga ganti dengan kismis atau buah2an campuran. Terlebih dahulu buah2 kering anda gaul dengan tepung, tepung yang dalam resipi yea. Kek ini lembut dan lembap. Kalau anda nak lagi lemak dan kaya dari segi rasa, boleh guna whipping cream dan sedikit parutan kulit lemon...Amacam ada brann?..

rsz_dsc_1579
Untuk resipi ini mat guna tin berukuran 8 inci x 3.5 inci x 3.5 inci. Tapi jika takde, boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci. Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong. Kek ini juga sesuai dihidangkan di musim2 perayaan dan majlis2 kecil. Atau jika anda mengadakan jamuan teh tinggi. Juga sesuai sebagai buah tangan. Mat rasalah kan, kalau dibuat kecil seperti cupcake pun sesuai. Mat tabur cincangan badam yang tu tak nak pun takpe. Jika anda nak simpan lebih lama, biar kek sejuk, kemudian bungkus dengan plastik cling dan bungkus lagi dengan aluminium foil dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan dan biar hilang bila wap sejuk sebelum dipotong. Mudah bukan, lepas ni boleh cuba buat... (^__*) sebelum kita lihat resipi, jomm lihat entri pilihan DTS di sini.. Terima kasih...

BAHAN - BAHANNYA :-)
180 gram mentega berkualiti (mat guna Anchor)
220 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
100 ml susu segar
140 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
50 gram cranberry kering
Sedikit badam cincang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 3.5inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci. Gaul cranberry dengan tepung hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, masukkan butter vanilla dan putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + cranberry berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur badam cincang atasnya. Bakar 45 - 50 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk lidi sate bersih ditengah2 kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Jika permukaan kek cepat gelap tapi kek belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk dan sambung bakar untuk 5-6 minit lagi. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan..
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda takde tepung naik sendiri atau self-raising flour, boleh guna tepung gandum, sukatan sama macam dalam resipi dan tambah 1 camca teh penuh baking powder, gaul rata dan ayak 3 kali sebelum guna, kemudian gaul rata dengan cranberry....Selamat mencuba!.

10 comments:

Amie said...

Selamat petang Mat,
memang ada brannnn...gebusss!

Mat Gebu said...

@amie - petang juga....terima kasih, sudi2kan lah mencuba..

Hanim said...

Mak aiii gebusnya...dganding plak ngan air teh tu....terliur sudahhh :)

ASMAH YUSOF said...

Selamat petang bro cmg...

Mmg best,gebus..resepi pun simple...kn try :))

Rozuan Ismail said...

amboi kek nya, gebu sgt. cukup segalanya.

KiD said...

syok laaaah.. tambah cranberry

Citarasa Rinduan said...

cik matttttttttttt

wahh, tadi petang nak ganggu.. tapi ramai pula pelanggan... rupanya cmg syer canberry pulak..
meleleq...
hehehe

Sis-Lin said...

Salam Mat..

Pround ke ni bukan sama dgn kek mentega ye? respinya mcm kek mentega ek...nampak mudah tapi x senang ek...huhuhuhu

Mana nk cr cranberry ek?

Diariku said...

wah kalau dah start mengeKEK mmg terliuq la....BAM BAM BAM...sodapnyer!

Rifa Abdullah said...

mat...dah try resepi ni ...jadik...sodapnyaaaa....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.