SUP PASTA RINGKAS UNTUK SARAPAN...

rsz_dsc_1711
Morning...erkk dah tengah hari...haha, hujan, jadi cuaca dingin dan ala2 pagi, tu yang ingat pagi, alasan tak masuk sungguh di mat gebu nih...Grrr.... Ok nak share resipi ringkas dan terus merangkap makan tengah hari...malas leer nak makan nasi, skip nasi. Tapi mat ada lah masak yang mudah2, sebab anak buah makan kat sini hari ni. Sup pasta ni anda boleh guna apa jenis pasta yang anda suka, rencah pulak terpulang samada nak guna udang, ayam atau daging. Ia satu hidangan yang ringkas dan ringan. Masak pun cepat. Nak lagi sedap tabur sedikit serbuk lada hitam atau makan dengan sambal kicap macam mat makan tu. Oh yea, buat masa sekarang ni, jiran mat, Ben Ashaari tengah berdebar2 kerana menunggu kehadiran putera sulung beliau (3.9 kg okeh!)...kira anak buah mat gebu yang terbaru....hmmm, mesti comel tu, tak sabar gak nak tengok, sama2 kita berdoa agar semuanya dipermudahkan Allah swt.....ameenn... Resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
50 gram pasta (ikut suka), rebus dalam air bergaram hingga lembut, toskan
3-4 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
1/2 kiub ikan bilis
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
1/2 inci halia, dititik
1 keping tauhu, didadu
1/2 batang saderi, hiris
1/4 cawan miv vege (karot, jagung, kacang pis)
7-8 tangkai sweet pis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali atau periuk (minyak masak biasa pun ok). Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih dan halia hingga harum, masukkan saderi dan juga kiub ikan bilis, kacau rata dan tuang air.
  2. Bila mendidih, masukkan mix vege, udang dan sweet pea, masak sekejap dan tambah garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan pasta dalam bekas sesuai, tuang kuah sup bersama isi2nya sekali. Tabur hirisan daun bawang/daun sup, serbuk lada hitam dan jika suka tuang sedikit sambal kicap. Hidangkan panas....kena pulak hari hujan dan cuaca dingin.....hmm syok habiss!!!

Post a Comment

7 Comments

  1. Memang sesuwaiiiiiiii hujan2 begini dapat semangkuk hirup sampai habissss...adeii lapaaaanyaaaa..

    Bubur aku tgh mereneh nie..bt bubur ala2 bubur asyura, tp jd bubur Syura plak..hahahahaaa

    ReplyDelete
  2. @ sis-Linn - aku pun semalam dengan 2 hari lepas buat bubur..bubur ayam, yelah kan anak2 buah ada, mereka dah pindah dok rumah pepel tu...tapi lom kemas lagi...

    ReplyDelete
  3. aduh sedapnya Mat anak2 akak pasti suka ni sbb diaorang ni mmg hantu pasta masak macamana pun pasti diaorang kata sedap je,nak ikut jugak lah resepi Mat ni tukar selera belum pernah lagi buat sup macam ni hehe

    ReplyDelete
  4. sangat berkhasiat. memang sesuai untuk sarapan

    ReplyDelete
  5. saya mau makan yang ini puas puas. tapi pasta pon tiada di rumah. hehe. tunggu ngap kalau ada depan mata laa

    ReplyDelete
  6. En mat, nak kelainan, racik buah tomato (yg dah masak ranum, lembut) tumis sekali dengan bawang tu..kuah sup tu akan lain dan enak :-). Satu lagi, tumis bwg putih je...bwg merah tak perlu...cubalah. Sekadar berkongsi ye cik Mat.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.