BEN ASHAARI

Friday, April 6, 2012

LEMPENG NASI....ELAKKAN PEMBAZIRAN.

rsz_dsc_2203
Salam pagi Jumaat semua, dah sarapan? Pagi ni mat buat lempeng nasi, nampak aneh ke?, Hmm takde lah kan, biasa2 saja. Ada nasi sejuk semalamnya berbaki dalam 2 cawan. Nak buat nasi goreng macam dah jemu giler, nak buat cekodok kang, guna banyak minyak pulak. Mat fikir2 kalau kita buat lempeng ok tak eks?.. Jadi mat seperti biasalah, gunakan daya imaginasi ku untuk membuat lempeng nasi, dan hasilnya..lembuttt u dan kata big boss, kalau makan dengan air gula melaka dah macam kueh serabai. Tapi yang ni mat cicah dengan kuah kari ala Goa yang mat buat semalam.

rsz_dsc_2253
Cara mat buat ni ala2 drop pancake, iaitu, mat guna non-stick pan saiz 10 inci yang dipanaskan, lenser dengan sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa pun ok). Kemudian, tuang 1/3 cawan adunan lempeng nasi tadi pada tengah2 pan, biar dia tersebar sendiri, jangan gelek2kan pan tu. Biar sampai permukaan dia nampak pucat dan berlobang2. Terbalikkan dan masak hingga perang. Masa masak tu, jangan gatal tangan nak cuit2, biar dia betul ok, baru terbalikkan. Lempeng nasi ni bukanlah nasi semata2 mat ada letak tepung gandum, tapi bahan2 dia cuma 5 sahaja. Ini pun satu cara nak elakkan pembaziran nasi yang tidak habis. Kalau nak cuba, resipi seperti dibawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
3 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak masak (mat guna minyak zaitun)
Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kisar nasi tadi bersama air, kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Tuang dalam bekas dan biarkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah2 pan, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlobang2.
  3. Berhati2 terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga perang keemasan. Angkat dan laku kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Selamat mencuba!!.

13 comments:

nafaz lynn said...

sedapnyeee.. baru semalam makan jemput nasi.. lempeng nasi tak pernah rasa lagi..

normah said...

mesti sedap kan......
nanti bolehlah try buat

kakchik@ella said...

kreatif la cik matttt. terpesona saya. hehehe.

+Sha+ said...

Kreatifnye.. kasih mohon copy resepi ye.. nak test buat...

una imana said...

nant nak ajak mak una buat la..sedap je tgok

Mas said...

kretifff la che mat ni.....
nampak pun sedapp sangat...
elok elak pembaziran...

AimyAzeefAzfar said...

Wahau tgk la lempeng tuuuu serius telan air liur walaupun sekang ni tengahari...oooo guna kuali 10 inci ehh nk cari lah...suma nk tiru kan..!!!

nurainkhan said...

Nak cube la nnti...yuhuu

nurainkhan said...

Nak cube la nnti...yuhuu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kreatif! akak suka! akak salin resepi dulu ehh! tp jgn tanya nak buat bila.. hehe...

Fai Shaklee said...

boleh try ni. memang dah bosan asyik buat nasi goreng jer dgn nasi sejukkk tu... thanks a lot!

The Black Jubah said...

SubhanAllah...pandai nye che mat ni...akak baru tercari-cari resipi untuk nasi berlebih ni...sayangnya nak buang...dulu-dulu masa kecik bole bagi ayam makan...Jazakallah..

Ada bibik Indoneisia tu buat keropok, nasi lebih ni...macam mana nak buat tak tau lah...

sweethOneY said...

kreatifnya che mat ni. Thanks for the idea !! Pasni nasi semalam takdelah bazir lagi, kdg2 tatau nk buat apa biar je basi :(

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.