BEN ASHAARI

Wednesday, April 18, 2012

KUE TEOW SUP AYAM (((PAGI TADI PUNYA)))..

rsz_dsc_4015
Petang semua, nak letak pagi tadi entri kue teow sup ni, tapi tak sempat, tengok2 dah tengah hari. Jadi mat letak petang. Sup ayam tu bukan lah baru mat buat tapi baki semalam punya ada lagi. Sesuai juga makan dengan kue teow atau apa2 saja jenis mi yang anda suka. Sebab sup ayam tu mat guna rempah ratus yang mat kisar, jadi bila tinggal tak banyak, baki2 rempah akan mendak ke bawah. Jadi mat tapis kuah tadi sebelum dituang ke atas kue teow. Untuk melengkapkannya letak taugeh dan tauhu goreng yang dihiris, tapi tauhu habis, mat guna fishcake. Sambal kicap perlu ada, dan kalau nak berapi lagi, letak cili padi jeruk (buat sendiri yea) macam mat tu, dan tuang sedikit air cuka dari cili jeruk tadi ke dalam kuah sup...hmm serius jadi sedap.. Malas dah nak cerita kita lihat jelah apa yang perlu.. (yang ni untuk makan sorang saja..)

BAHAN-BAHANNYA :-)
Kue teow secukupnya (mat guna 1 genggam kurang lebih)
Hirisan tauhu secukupnya (tak letak)
Sedikit hirisan fishcake
Taugeh secukupnya, dibuang ekor, cuci dan toskan
Sambal kicap
Cili padi jeruk (optional)
Sup ayam secukupnya (resipi di sini)
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci kue teow dan masukkan dalam bekas sesuai. Sebelum tu panaskan kuah sup. Tapis kuah secukupnya. Tuang kuah tadi atas kue teow (dengan isi2nya), banyak mana terpulang pada anda.
  2. Letak taugeh, hirisan tauhu (jika guna), hirisan fishcake. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Letak beberapa biji cili padi jeruk dan sedikit sambal kicap. Kalau suka boleh letak sedikit air jeruk dari cilipadi tadi. Hidangkan segera....Hangat teruss!!!..

4 comments:

saya gemuk saya comel..^^ said...

wahh sedapnye..ada sambal kicap...

Sunah Sakura said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaa.... walopun tak suka kue teow, puji jugak lah sebab suka sup kannnnn... hahaha~

pcm! cer try wat kue teow lenkali, tengok saya leh masuk tak..kalo leh, memang terer la pcm tu... :p

*sebab trauma dengan kue teow satu ketika dulu*

.:hana radzi:. said...

ermm..telan air liur je la skrg.nak mkn x buleh..

dreamygirl said...

nampak fresh dan menyihatkan manakan ni,-)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.