SUP AYAM KAMPUNG....

rsz_dsc_3887
Salam semua, sejak 2 hari lepas termengidam nak makan sup ayam, tapi takmo ayam pekan, nak ayam kampung. Hmm, mana nak cari eks?.. Ingat tak entri semalam mat ada kata pi MyDin? (masih teringat apa MamaFami kata pasal aku ke MyDin tu...hehe, yelahh sori eks mama). Tujuan utama mat pi sana sebab nak beli ayam kampung yang siap disembelih dan dibersihkan. Ayam kampung tu bukan lah macam ayam kampung yang lepas bebas, tapi dibela dalam kurungan dan diber makanan yang sesuai. Jadi isi dia lembut dan masak pun tak susah. Kalau ayam kampung asli, daging dia agak liat, maklumlah lepas bebas sambil berlari2 ditepian sawah dan sungai termasuk parit...haha. Kira aktiviti dia agak lasak. Saiz ayam ni agak besar juga, ada lah mat tinggalkan 4 keratan ayam tadi untuk guna dalam masakan lain. Untuk sup ayam ini mat lebihkan sikit kentang, sebab anak2 buah suka makan kentang bersama kuah sup. Satu lagi sup ayam macam ni anda boleh makan dengan mi, mi hoon, nasi impit, nasi putih atau macam tu saja <--- mat gebu makan...hehe. Ok, walaupun resipi dah namblasribukali letak, tapi tetap nak letak juga...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung saiz sederhana, potong ikut suka cuci dan toskan
4 -5 biji kentang
1 batang lobak merah
1 pokok daun sup, potong kasar
1 camca besar penuh bawang goreng
Garam secukup rasa
1/2 inci lengkuas, dititik
Air secukupnya
Minyak untuk menumis (nak sedap guna minyak dari bawang goreng)
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 1/2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 camca besar lada hitam biji

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dipotong ikut suka, buang kulit dan cuci bersih, toskan. Kentang dikupas kulitnya, belah 4 setiap biji dan rendam. Lobak merah dibuang sedikit kulitnya dan potong berbaji, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan lengkuas titik. Tumis hingga harum. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah (toskan). Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam mengecut.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan daun sup yang dipotong kasar dan juga bawang goreng. Biar mendidih hingga kentang , lobak dan ayam empuk. Tambah garam secukup rasa dan kalau suka boleh masukkan 1 kiub pati ayam.
  4. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi, mi hoon, mi kuning, nasi impit atau pun dimakan begitu sahaja....

Post a Comment

9 Comments

  1. menu yg sihat..boleh sy berdiet=)

    ReplyDelete
  2. semalam saya buat mende ni gak..best!!!

    ReplyDelete
  3. Salam cmg
    wah selera akak pun sama ngn cmg minggu ni..hari ahad tu ari akak pun borong ayam kg kat pasar tani tman scientix ,p.g..pasar tani tu belah ptg..harga pun boleh tahan gak la..sekali sekala kan..huhu..

    ReplyDelete
  4. Salam Mat..

    Shedapnyaaa bila nengok sup ko ni...aduhhh lagi2 klu dpt cecah dgn roti perancis keras tu...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Sedapnya la nengok sup ni..En Mat mintk nk copy resepi yer bleh wat ari minggu ni..slalunya sy ni silent reader En Mat jer..skrg baru dok jinak2 ngn blog..tu yg cuba munculkan diri ni..ahakss..sy klu wat sup mesti kena kuah nya byk..klu hbis ayam nya sup nyer mkn lak ngn mihun..elak membazir..ahakss

    ReplyDelete
  6. sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

    ReplyDelete
  7. Salam, Tq for sharing the delicious recipes. Awesome taste!
    I nak share Resepi Sejarah Nasi Lemak.
    Boleh try ni....Sedap gila!!!
    Source and citation:http://sejarahnasilemak.blogspot.com/
    #masakan #pelbagai #resepi masakan #menyediakan pelbagai
    #pelbagai resepi #resepi #dessert #dan pelbagai #menyediakan
    #pelbagai resepi masakan #dessert dan pelbagai #dessert #blogger

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.