BEN ASHAARI

Tuesday, April 24, 2012

IKAN PARI MASAK LADA GAYA CHEF ISMAIL.

rsz_dsc_4903

Bertemu kembali dengan siapa...alahh dia tu...mat gebu lah sapa lagi. Bukan ada pembantu pun, semua mat gebu buat sesorang. Ok entri kali ni nampak macam asam pedas tapi rasa berbeza sedikit. Sebenarnya mat tertarik dengan resipi dari Chef Ismail pemilik restorn Rebung tuu..Opsss...dia "Datuk" dah sekarang. Dan Chef Ismail ni geng baik dengan Muna...Siapa tu Muna?.Kalau nak tau boleh baca entri ini dan blog beliau di sini. Resipi asal guna ikan tenggiri tapi sebab dah tak tahan godaan, dan hanya ada stok ikan pari, kira halal sajalah kan. Kalau ikut resipi guna 1 kg ikan, tapi mat cuma ada kurang lebih 1 kati atau 600 gram sahaja. Boleh lahh. Dalam gambar mat letak terung, dan Chef Ismail masak pun letak terung, manyak ngamm woo. Chef Ismail ni orang Chengkau Negeri Sembilan, kalau bab2 masak tradisi ni, hmmm serah kat dia, mesti menjadi punya lah. Apa2 pun terima kasih sudi share resipi yang sedap ni dan sumber mat dapat dari majalah SAJI bulan Mei 2012. Dan sebelum tu jangan lupa VOTE di sini, undian anda amat diperlukan.... Terima kasih semua..Kita lihat resipi pulak (mat tulis untuk kuantiti ikan 1 kg, jadi anda pandai2 adjust ok)...Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (mat guna ikan pari)
2 camca besar kerisik
80 gram asam jawa
500 ml air
2 senduk nasi cili kisar
1 biji terung biru, belah 2 dan hiris serong besar2
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR KERING :-)
1 camca teh lada hitam
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar biji

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm belacan
4 cm halia
4 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga wangi, tambah bahan kisar kering dan tumis sekejap. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa dan juga kerisik, kacau dan masak sekejap. Tambah ikan, kacau perlahan dan renihkan hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Jika nak kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air. Hidangkan bersama nasi putih dan ulam2..

11 comments:

norinaomar said...

rasa dia macam asam pedas ke cik mat?

ROSE said...

Ni pun menarik......kecur air liur.....

Mat Gebu said...

@ norinaomar - macam asam pedas tapi berempah, bau dia harum..

@ rose - Memang kecur....hmmm..

Rozuan Ismail said...

sedapnya ikan pari. gaya chef ismail lagi tuh.

RieRien said...

Salam Cik Mat, kalau makan tu jangan habis kan ...simpan sikit utk esok....hmmm lagi sedapppp...makan pulak dgn cokodok kosong / roti canai ...ummmphh sedap!!

Eima Ari said...

huishhh..lain dr yg lain ni Papa Mat...

kalau kat johor ni mesti dorang pelik apsal asam pedas rasa lain..

i'mNOTmasterchef said...

wah! boleh try nih. :)

Mas Michiko said...

nyumm nyummmm... smua menu2 CM membuatkan den trliur! mesti cuba utk dinner mlm ni....hehee

izahdaut said...

simple tapi dengan rempah2 tu dah tahu dah sah sah wangii jek lauk ni :-)

missalongwani said...

mmg sedap dia masak....ai tuh die kasi cara buat rendang n9..mmg mabeles la che mat..huhuhuh

Azilawati said...

patut cube ni. lain dari yang lain