JELLY BUAH CIKU....SEBUT BETUL-BETUL...

rsz_dsc_5015
Sebut betul2, jangan silap nanti dosa...marah cikgu2 nanti. Hmmm, tatau lah macam mana boleh terfikir nak buat jelly buah ciku. Tu hari Bak beli buah ciku, jadi tak habis2 dan berbaki dalam 3 biji macam tu. Tadi petang mat fikir2 apa nak buat dengan buah ciku ni, nak try buat jelly lah. Lepas tu nampak resipi terdahulu yang mat selalu derhaka (resipi asal dari blog Kak Nor Secubitgaram di sini), dan agak2 sesuai dengan buah ciku. Belek2 semua bahan2 mencukupi, jadi projek pun berjalan dengan lancar. Selain buah ciku, itu sendiri, mat tambah sedikit coklat emulco, sedikit esen vanilla dan mat guna santan untuk resipi ini, kalau anda nak ganti susu pun ok, mat guna santan sebab Bak tak minum susu. Buat dia mudah, cuma kata Bak, masa potong buah ciku tu, bahagian tengah dia yang bewarna putih, harus dibuang, kalau tak ciku akan rasa bergetah. Hmm serius mat tatau pun, aku main kisar semua, dan bila dan jadi jelly ni, masa mat makan, hujung2 dia ada rasa lekit2 sikit kat bibir, tapi dari segi rasa sedap dan seakan jelly gula melaka. Jadi pasal jelly buah ciku ni mat tak paksa sapa2 buat, cuma bagi idea sahaja. Ok, sebelum semak resipi, mana yang belum VOTE dan jika sudi boleh lah berbuat demikian di sini dan di sini juga...Terima kasih!!!

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 gram serbuk jelly Konnyaku
2 1/2 cawan air
6 camca besar gula
200 ml santan (mat guna 100 ml santan kotak + 100 ml air)
2 biji buah ciku yang masak ranum
125 ml air
1 camca teh coklat emulco
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Sedikit hirisan buah ciku segar untuk hiasan
Daun pudina untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan gula dan serbuk jelly konnyaku dalam periuk, kacau hingga rata. Tuang air dan kacau hingga sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. Sementara itu kupas buah ciku, buang bijinya dan sedikit bahagian putih di tengah2 buah ciku tadi. Kisar bersama 125 air dan santan hingga hancur.
  2. Bila bancuhan jelly mendidih, masukkan kisaran buah ciku tadi. Tambah secubit garam, esen vanilla dan coklat emulco. Kacau rata dan biar ia mendidih perlahan. Matikan api dan tuang dalam bekas pilihan anda.
  3. Biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk. Bila beku boleh dikeluarkan. Hias dengan buah ciku segar dan daun pudina sebelum dihidangkan. Sedap dimakan sejuk....

Post a Comment

20 Comments

  1. wah2. resepi derhaka yg berbaloi. :D

    ReplyDelete
  2. serbuk konnyaku mmg sedap......

    ReplyDelete
  3. pandai sungguh che mat masak..
    kagum n bangga sbgai kaum adam..
    semoga terus sukses berblog..

    ReplyDelete
  4. salam cik mat..dh lama x mkn ciku...sesekali kalo dpt makan sejuk2 cam puding ni mmg layan..

    ReplyDelete
  5. terbaiklah...n nak cuba lah
    http://zubir5588.blogspot.com/2012/04/hanya-daftar-dan-volkswagen-golf-tsi.html

    ReplyDelete
  6. kalau sebut dah betul...dapat hadiah puding ni sepotong tak?

    ReplyDelete
  7. sebut memula mmg dah betul tapi sbb suh seut betul2 tu yg ulang 3/4x sebut sampai mencuba yang tak betul ngeh3x.. jelly terasa sejuk kat tekak..

    ReplyDelete
  8. wah2..kalau pandai&kreatif,...bagi bahan2 apa pun jadi kan.. =)

    ReplyDelete
  9. SAlam CMG... segan sebenarnya nak tinggalkan komen.. dah lama add CMG.. dulu tak reti meninggalkan jejak... sekarang baru tahu.. lebih kurang sebulanlah baru tahu ni ehehhee... hasil tunjuk ajar kawan2 blogger yang ku kasihi tuu...

    dan sangat merendah diri ingin menumpang komen tentang cik adik CIKU << sebut betul2 ni.. sebab saya peminat CIKU no 1 di dunia!!!! dan sebenar2nya saya adalah antara salah seorang jutaan peminat CMG..... tq...:))

    Sedap!! dan Nak semua di atas tu.. boleh ke??? macehhh....

    ReplyDelete
  10. waa....cam best je....boleh try wat nie..hihihi

    ReplyDelete
  11. Wowwwwwwwwwwwwww... buah ciku adlah buah kegemaranku! taktau plak blh wat jelly camni... mesti kena try nih! sdp nmpk

    ReplyDelete
  12. fuhhh.....mmg menarik......proud of u CMG

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. mcmmana nak VOTE blog CMG? maklumla sy ni x pandai sgt..... :)

    ReplyDelete
  15. wahhhhhhhhhhhhhhh di saat ku KEGERSANGAN ide...abg mat kasi ide meletop! suke banget.

    BAK? hiks...kite pun panggey daddy bak :))

    ReplyDelete
  16. Mat, yg penting bukan Cikugunya okehhhh...hahaha, eh kita suka buah cikut...x abis lenkali pos ke Ktn tau Mat...silap2 dgn kulit2 dia kita bedal ala2 Sang Bedal laa...wakakaka

    ReplyDelete
  17. Eh tersilap pulak, apasai tertaip buah CIKUT...hahahhahahhaa...adeehhh

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.