BEN ASHAARI

Tuesday, March 13, 2012

NASI AYAM SERAI...

nasi ayam
Hari ini mat rajinkan juga diri. Takpelah, mat kadang2 bukan tak mencuba, tapi rasa sungguh tak selesa, jadi dari rasa keterpaksaan, baik mat jauhkan diri dari blog untuk sehari dua (tapi ada gak up entri simple2...hmm letak entri tu pun "bersebab"). Kali ni nak share menu nasi ayam serai yang mat masak tu hari masa Sue Joshua datang. Sebenarnya kami ada urusan jual beli, dan Sue hantar barang ke rumah mat. Jadi mat masaklah yang simple, cuma nasi ayam dan ada lah buat pie epal, tapi tak berapa nak cun, pie epal terkangkang, sebab mat terlebih lorek, masa bakar, habis tersembul semua inti dia, apa2 pun masih sedap. Nasi ayam berserai, buatnya mudah, nama saja berserai, tapi nasi tu rasa serai dia just lite2 saja...Kalau tak caya tanya Sue. Selalunya mat kalau masak, guna beras basmathi, selain nasi jadi cantik, nak sukat air dia pun agak mudah. Tapi bergantung juga pada kualiti beras basmathi. Untuk beras ni (basmathi Monghul) sukatan dia atau ratio 1 : 1.5 atau 1 bahagian beras nisbah 1 1/2 bahagian cecair....


Seperti biasa, kalau ada nasi ayam, mesti ada ayam. Yang tu terpulang samada nak dibakar atau digoreng. Mat cuma goreng ayam yang telah diperap, tapi sebelum tu, ayam telah mat rebus kurang lebih 25 minit bersama bahan2 lain. Disejukkan dan perap dengan rempah ratus selama semalaman atau sekurang2nya 6 jam. Yang tu nanti kita cerita. Selain ayam, ulam2 wajib mesti lah timun, tomato dan daun salad. Jangan lupa sambal dia juga...huhu, tapi tu hari daun salad takde, ladang daun salad berehat katanya. Dan terakhir mesti ada sup, part sup ni terpulang, mat guna kaki dan leher ayam, kemudian letak lah kentang, lobak merah dan bunga kobis. Untuk rempah sup tu, mat guna rempah sup bunjut Adabi saja... Senang dan mudah, kita semak resipi satu persatu..Jomm..

BAHAN STOK AYAM :-)
1 ekor ayam, belah 4, asingkan kulitnya (kulit jgn buang). cuci bersih dan toskan
10 kaki ayam, dibersihkan
5 -6 leher ayam, dibersihkan
1 biji bawang besar, belah 4
2 inci halia, hiris nipis
5 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 batang serai, dititik
1 kiub pati ayam (optional)
Air secukupnya (3 - 4 liter)
1 camca teh garam

BAHAN NASI AYAM :-)
4 cawan beras basmathi (Monghul), rendam 30 minit dan toskan
6 cawan air rebusan ayam
1 camca besar penuh mentega atau marjerin (mat guna mentega)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa

BAHAN PEMERAP AYAM :-)
2 camca besar ketumbar biji*
1 camca teh penuh jintan kasar*
1 camca teh penuh jintan halus*(*digoreng tanpa minyak hingga harum, sejukkan)
2 batang serai, hiris halus
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
1 camca besar sos tiram
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh madu
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK SUP :-)
1 sup bunjut Adabi
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 pokok daun sup
1/2 batang lobak merah, potong ikut suka
2 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap satu, rendam
2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum2
3 biji bawang merah hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Hirisan daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Garam secukup rasa

BAHAN SAMBAL :-)
6 batang cili merah
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
2 camca besar gula perang
Garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan timun, secukupnya
Hirisan tomato, secukupnya
Daun salad
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tepung beras secukupnya, untuk menyalut ayam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK STOK AYAM :- Masukkan ayam, kulit ayam, kaki dan leher ayam ke dalam periuk, tuang air dan masukkan semua bahan2 untuk stok ayam. Kemudian masak hingga mendidih. Bila stok mendidih kurang lebih 25 minit, keluarkan ayam tadi (yang telah dipotong 4, dan sejukkan). Sambung memasak untuk 20 minit lagi. Kemudian matikan api. Keluarkan 6 cawan stok ayam dan tapis (guna untuk masak nasi) dan bakinya diketepikan.
  2. UNTUK AYAM :- Kisar ketumbar, jintan halus, jintan kasar, serai, bawang putih, lengkuas hingga halus. Tuang pada ayam yang telah disejukkan tadi. Tambah serbuk kunyit, sos tiram, madu dan garam secukup rasa. Gaul rata2 dan perap semalaman atau 6 jam. Kemudian, tabur tepung beras pada ayam tadi, gaul rata2 dan goreng terendam hingga bahagian luarnya garing. Takperlu goreng lama2, sebab ayam dah direbus dulu. Angkat, tos dan ketepikan.
  3. UNTUK SUP :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga wangi dan bawang kekuningan. Tuang baki air rebusan tadi. Campur dengan sup bunjut, daun sup yang dipotong kasar, lada hitam, kentang dan lobak merah. Kalau rasa kurang, tambah sedikit air. Masak hingga kentang empuk. Masukkan bunga kobis, perasakan dengan garam secukupnya. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
  4. UNTUK NASI AYAM SERAI :- Panaskan mentega dalam kuali, tumis halia, bawang putih, 1 helai daun pandan, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi. Masukkan beras, dan goreng 5 minit. Matikan api dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik. Tuang stok ayam yang telah diasingkan tadi. Tambah garam secukup rasa dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak seperti biasa hingga nasi tanak. Biar betul2 masak dan gemburkan. Lepas tu mati kan suis periuk nasi (kalau biarkan ON takut berkerak).
  5. UNTUK SAMBAL :- Kisar bahan2 untuk sambal kecuali garan dan gula, hingga lumat. Tuang dalam periuk, tambah gula dan sedikit garam. Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  6. UNTUK MENGHIDANG:- Senduk nasi dalam pinggan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Ayam tadi dipotong kecil, hidangkan bersama nasi, ayam, sambal, sup dan juga ulam2an (timun, tomato dan salad) dan boleh santap... Selamat menjamu selera.. (^__*)

12 comments:

laskar pelangi said...

perghhhhhhhh!!! terliur ni :(

Sis-Lin said...

As salam Mat...

Ni dh jam dekat kul 4pm nie..tp aku msh dok mikir nk masak apa..huhu
Kes takde mood la Mat hrni...

Ko tau kan, mlm td laki aku kena samun dgn 7org penyamun, dn 2 drpada mereka acu parang kat leher laki aku...huhuhuhu

aDisH.sHidA said...

pergh dlm mood x bape nak rajin pun panjang kan entry pcm..hehehe...apa pun thanks..nak copy paste n print..nanti boleh cuba buat

gadisBunga said...

wuuu..panjangnye list bahan cik mat... *mode nak tadah pinggan je nih. hihi~

KiD said...

nasik + ayam + serai

H Abadiey said...

wow nmpk sedap... lain kali bleh cuba nih.. :)

azila said...

salam en.mat..sihat?sedapnya nasi ayam tu..rasa nak buat lak weekend ni.masak sementara boleh ni kan..heheh

Rozuan Ismail said...

wah,pelik nasi ayam nih.nampak lain dari yg lain.cam sedap.

mas saari said...

waaaaa..nak nangis tengok! dah lah lapar ni..

hujung minggu boleh cuba buat ni!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya tak pernah cuba bakar cik mat..mungkin lg sedap agaknya. terima kasih sebut bab bakar tu.nak cuba nasi ayam ni nanti..ermmm nama pun dah nampak gah.

Amie said...

sedapnya! nanti nak cuba masak ye mat...tq!

home herb said...

Menu menarik. Saya adjust sikit guna serbuk serai beli kat https://sites.google.com/site/naturalhomeherbs.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.