BEN ASHAARI

Thursday, March 8, 2012

IKAN TENGGIRI SAMBAL BUNGA KANTAN.

ikan sambal kantan
Salam siang. Dah makan?.. Macam musim sambal pulak kat DTS ni. Hari ni mat goreng 3 keping ikan tenggiri. Lepas tu bila letak dalam pinggan, alahh hai, nampak togel jee. Kebetulan ada sekuntum lagi bunga kantan yang nampak macam dah nak kecut, tapi kecut luar but inside still mantop okeh. Mula fikir2, boleh buat sesuatu untuk letak atas ikan tadi. Dan terus ingat sambal, bila semua bahan2 dah ada, projek mudah pun berjalan dengan lancar. Bahan2 pun tak banyak sangat. Sedap dimakan bersama nasi panas. Selain ikan tenggiri, guna ikan lain pun masih sedap. Ikan kembong, takpun ikan pari. Mat sekarang masak yang mudah2 saja yea, nanti2 bila senang dan dah ok, baru mat baking...Jika sudi boleh semak resipi seperti di bawah. Terima kasih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih*
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/3 camca teh garam*(*disatukan dan lumut rata2)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Cili padi sebagai hiasan (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HANCUR :-)
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, hiris halus
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
20 biji cili padi
2 biji cili hijau
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
3 biji tomato ceri @ 1/2 biji tomato biasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan digoreng tapi jangan sampai garing, goreng embal2 sahaja. Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar (kalau dapat jangan kisar halus sangat, atau anda boleh tumbuk lumat), hingga harum, gunakan api kecil. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, terus menumis hingga terbit minyak dan sambal garing.
  3. Masukaan kan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas ikan dan ratakan. Hias dengan cili padi jika suka. Hidangkan bersama nasi putih hangat....

6 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Yey! Sambal lagi, sila jangan pengsan.. hehe. Yang ni best ni, sambal bunga kantan. CM pnah buat tak sambal bunga kantan yg gitu2 aje?? Sedap gak tu tau..

Qasey Honey said...

bru tahu sambal bunga kantan ni...mesti sedap ni kan...
tgk menu tu pon mmg mgancam...

surijunior said...

Mesti try!! :))

Datang nak cari bubur best2, tersangkut kat cik kantan plak :)

Mat Gebu said...

@ sariyusa - pernah kak, sambal gitu2 saja..meleleh gak kann..

@ qasey - simple je ni, kalau guna ayam pun sedap..

@ surijunior - Cuba, insya Allah sedap..

drugs free medication for baby said...

sy xpenah tepikir bunga kantan org campur dlm sambal.title nih pun buat sy telan air liur. thnx for the nice recipe. combination sambal tuh buat kite imagine terus rasa die camne.

~::Chenta::~ said...

huhuhu
lama dah Chenta tak jumpa cili api kaler2 camtu ...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.