BEN ASHAARI

Thursday, March 22, 2012

HIDDEN TREASURE PRATA PUFF

rsz_dsc_9800
Malam semua, untuk entri terakhir malam ni mat letak satu resipi mudah. Semalam nampak Kak Ummi Kuantan buat sesuatu kat blog dia di sini. Ingat Kak Ummi je boleh buat, ini..mat gebu pun boleh lahh, tapi macam biasa lah, aku lain dari yang lain....derhaka beb!. Kak Ummi dia buat apa2 apple pie, mat pulak lebih kearah savory. Sebenarnya resipi ni mudah sangat, inti pulak mat cempak2 je apa yang ada. Ingat nak letak daging ayam, tapi takde, guna daging burger ayam pun boleh, kita buat dia kan. Lepas tu ada cendawan, ada pulak traffic light capsicum, ada pulak mozarella cheese, semua boleh digunakan. Cuma pada mat bila dah ada benda2 macam ni, garam kena jaga, takut masin wooo...ngeris, terus jadi 170 nanti...takutnyaa!!!. Untuk resipi ini mat guna 4 keping prata segera jenama KAWAN.....Aduhh, lemau betul nih, rasa macam nak cuti masak je esok...boleh?....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping prata jenama "KAWAN", biar dingin
Telur untuk disapu
Hirisan keju mozarella secukupnya

BAHAN-BAHAN INTI :-)
10 kuntum cendawan butang, hiris
1 keping daging burger ayam Ramly, didadu kecil
1 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cicang halus
1/4 bahagian traffic light capsicum (merah, hijau, kuning) didadu
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1/2 cawan susu segar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar tomato sos
Secubit garam
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam non-stick pan. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan goreng sekejap. Tambah daging burger, cendawan dan juga trafficlight capsicum, gaul rata dan tuang susu. Masukkan serbuk lada hitam, kacau dan masak hingga kering, gunakan api kecil, kacau sekali sekala. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, jika ok, boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK HIDDEN TREASURE PRATA PUFF :- Ambil sekeping prata, tanggalkan plastiknya. Letak dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Letak sebahagian inti, ratakan. Susun kepingan keju mozarella yang dihiris nipis atas inti tadi. Tutup dengan sekeping prata, tekan tepi2nya kemudian kelim seperti karipap (pastikan prata anda masih sejuk, kalau tidak akan lembik). Buat kaedah sama pada baki bahan2 tadi.
  3. Sapu permukaannya dengan telur dan cucuk sedikit permukaan prata dengan garfu. Bakar dalam oven yan telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan. Potong pada 4 atau 5 bahagian dan hidangkan suam untuk minum petang. Juga boleh disertakan dengan sos kegemaran anda... Selamat mencuba!.

7 comments:

norliha said...

wah! nampak sedaplah cik mat
selalu beli prata goreng cicah kari jer...
bolehlah saya cuba nanti.

ZYASH said...

terbaek...cedap...!!!

Emma said...

pandai la che mat bagi nama ke puff ni sesoowaiii

fara_poda said...

abg mat, kalo pakai roti canai segera bole ker?? apa beza roti canai dgn roti prata?

maiza love said...

wah..pagi2 dah cuci mata dengan makanan sedap nih,,nyum2

Sari Yusa Ibrahim said...

CMG memang pakar bab2 memodified prata ni, best.. kalu beli kat luar mahal, baik buat sendiri, kannn

Cik FaRiZaM said...

pergh dah byk versi prata dah, aritu telur ini hidden plak...ahask