BEN ASHAARI

Monday, March 26, 2012

CAPATI...OH....CAPATI....

rsz_dsc_0322
Petang semua. Jomm capati pulak. Ini menu sarapan pagi tadi sebenarnya, cuma mat tak sempat nak masukkan dalam blog, jadi mat letak petang. Kira boleh juga untuk minum petang. Biasanya capati kita cicah dengan kuah dhal, bahana ada kuah gulai ketam semalam, kira ok jee lah, ngam juga. Capati satu makanan orang2 India dan telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia sekarang ni. Diperbuat dari tepung atta, iaitu sejenis tepung gandum yang kaya dengan protein dan serat. Ia agak kuat dan ringan, oleh demikian doh tepung atta boleh dicanai nipis. Untuk resipi ni mat guna 2 cawan tepung atta. Dan boleh dapat kurang lebih 10 - 12 keping bersaiz sederhana. Ok jomm kita lihat resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicIcah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  2. Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
  3. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
  4. Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....

9 comments:

RULZA said...

dah lama tak makan kedai mamak..3 tahun dah rasanya..semalan suami cakap dah lama tak makan capati..huhu..senang je rupanya nak buat capati...pasni boleh try la..:)

Sis-Lin said...

Amboiiiiiii...rajinnya cik Mat kita mencanai capati..menjadi pulak tu..
ko punya lidah ada terbelit x? hehehehe

Sedapnyaaa kalau ccah sama sambal tumis ikan bilis kan, sama dgn petai..perghhhh

dapurCikWan said...

wahwah..bercapati pulak ye pcm. rajin betul =)

Kjee said...

fuyooo bertuahnya Mak Yah dan pak Brahim. Dapat anak yanag rajin dan terer masak!!

Liza Abu Bakar said...

capati panas2 sedap.. kalau kak liza buat, ramai anak2 ikut nak menolong. jadi mcm2 rupa nanti.

nurul said...

kalau buat guna tpg gandum aci tak?

Diana said...

salam.

che mat, laki saya rajin buat capati.
dan capati yang dia buat, memang tak keras walau dah sejuk.
petua dia semasa buat doh tu:-

1. guna air panas
2. guna minyak panas - minyak yang betul2 dipanaskan atas dapur.

kalau tepung atta takde, tepung gandum pun ok.

masa mengandungkan anak pertama, boleh kata seminggu dua tiga kali mesti nak makan capati dia.
pergi keje pun bekal dgn capati.

bila dah ngandung anak kedua, dia sibuk dgn bisnes, jangankan kata capati, tepung atta pun takdok kat rumah...hohoho...

medi k.brg said...

Teringin nk mkn chapati..blh la cari bahan. Try buat ikut resepi che mat..menjadi ke tk jadi ke pasti isteri dan anak-anak telan

wardatulAhdhar said...

kalu guna tepung gndum biasa bleh x

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.