BEN ASHAARI

Thursday, February 9, 2012

KEK PISANG POPPYSEED...

rsz_kek_pisang_kas-kas
Salam malam semua, buat apa tuu, mesti tengok cerita seram kan?..erkk. Malam ni sebelum tidur, mat letak satu lagi entri kek yang tersiar di Jelita Februari 2012. Kek pisang sering menjadi pilihan. Ada pelbagai versi kek pisang, selain lembut, kek pisang yang diletak sedikit biji kas kas atau poppyseed ini rasa dia lemak dan sedikit kekacang. Tapi bagi mereka yang dok di Singapore, berhati2 yea, yang mat tau poppyseeds adalah HARAM di negara anda, jadi kalau nak buat boleh lah ganti dengan benda lain, macam badam cincang ke tak pun coklat rice. Kek ini mat bakar dalam acuan 7 x 3 x 3 inci, hasil dia pun comel, sesuai untuk jamuan2 kecil atau untuk minum petang bersama keluarga. Ok lah kita semak resipi, tapi sebelum tu kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini.. Terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
45 gram mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur gred A (berat 60 gram sebiji)
50 gram soft brown sugar @ gula perang
65 gram tepung beserbuk penaik (self-raising flour)
1/2 camca teh ovallate
70 gram pisang, dilecek
3/4 camca besar kas-kas (poppy seeds)
2-3 titik esen pisang atau esen vanilla
1/4 cawan isi pisang yang didadu (optional)
Sedikit lagi kas-kas untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bersaiz 7inci x 3inci x 3inci. Lenser dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang dengan ovallate, hingga sebati. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingg adunan pekat dan gebu macam adunan baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang dan tepung sedikit demi sedikit, hingga habis, putar rata. Tuang mentega cair dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan esen pisang @ esen vanilla dan biji kaskas tadi. Gaul rata.Tuang dalam tin tadi dan tabur dengan pisang. Tabur juga biji kas-kas sebagai hiasan. Bakar 30 - 35 minit atau hingga masak. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan atas jaringan. Potong dan boleh hidangkan.

17 comments:

laskar pelangi said...

yummy:))

iskandarNOTmasterchef said...

amboi cik mat. Kata xde mood nak baking2 nih.. hihihihi

Kalamhati said...

KH penah mkn sekali kek yg ada poppy seed ni..meber sekolah bawak..mmg sedap!

yuyu Zulaikha said...

adoiiiiiiiiii! sedap nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! <3

Cekgu Maz said...

mmm sodap ni....

Oh Oeya said...

As salam Che Mat. Selamat pagi..
Semalam seharian dok cari & copy resepi kek pisang.. dan hari ni.. nah terpapar suda ;-)

Qasey Honey said...

asslm..nmpk sedap sgt kek ni...gebu lak tu...

Yatie said...

alalalalla...comelnya kek Che Mat ni, kalau akak buat maunya kena gandakan sbb keluarga besar...kek pisang mmng kegemaran kami sekeluarga..

MANISMANIS said...

nampak lembut...enak kelihatannya...

Gee® said...

aduhhh...terlior laa... semlm dh plan nk buat kek pisang tapi tup2x letrik takde...hr ni ada pulak kat sini...adoyaiiiii...pengsan

Sis-Lin said...

Ermmm gebussnyaaa, nampak sedap, musti wangi kan bau pisangnyaaaa... :)

maszull said...

assalamualaikum Cik Mat...wah sedapnya kek tu nak sikit boleh buat minum ptg ni...:)

nur chahaya abadiey said...

salam.. sedapnye... cuma nur confius skit..ad org ckp ovallate tu x halal...ad x jnma yg memg sah halal?

Citarasa Rinduan said...

semakin banyak undangan perkahwinan sepupu yang saya kena attend..
mujur CMg hulurkan kek ini agar mudah saya nak buat untuk buah tangan kemajlis.....

thank ya

Rima said...

Shhhh yes yes i hear ya... HARAM hehe

kakchik@ella said...

Kek pisang? Uishhh .. feveret tu.

aDisH.sHidA said...

teringin gak nak wat kek pisang nie..sblm nie ada amik resepi kat entry lama cmg...tp x terbuat dok buat kek lain je...

thanks cmg coz jadikan entry kakakecik entry pilihan...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.