BEN ASHAARI

Wednesday, February 22, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH GAYA MAT GEBU..

rsz_dsc_7663
Assalammualaikum, entri kali ni mat share satu resipi ayam goreng berempah gaya mat gebu, bukan lah kata resipi ni mat yang cipta, ia hanya olahan dan berlaku sedikit kederhakaan, tapi bukan lah satu benda yang memudaratkan bila kita menderhaka pada resipi. Sebaliknya kita akan dapat satu rasa yang baru dan secara tak langsung akan memberi dua sebab, pertama ia menjadi lebih enak, dan kedua menjadi sebaliknya...erkk. Sebenarnya mat buat ayam goreng berempah ini untuk digandingkan bersama nasi lemak, yang tu kita cerita dalam entri nasi lemak nanti. mat guna kurang lebih 1 ekor yang telah dipotong pada saiz sederhana. Bahan2 perlu diperap bersama ayam sekurang2nya semalaman untuk mendapat rasa yang lebih "ummphh", dan ayam perlu dicucuk2 dengan garfu. Satu lagi mat tabur tepung beras pada ayam yang telah diperap tadi sebelum digoreng. Tujuan untuk melekatkan rempah2 yang kita guna untuk memerap ayam. Sedap dihidangkan panas, kira ngam lah dengan nasi lemak atau dengan nasi biasa pun bolehhh...layann jee lah... Ok, resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam saiz sederhana
3/4 cawan tepung beras
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 batang serai, hiris halus
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1 genggam bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, bersihkan dan cucuk2 dengan garfu pada semua bahagian berdaging. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuang bahan2 kisar halus, tambah garam secukup rasa dan gaul rata. Letak dalam bekas bertutup dan perap semalam dalam peti sejuk (atau sekurang2nya 5 jam).
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil beberapa bahagian ayam tadi bersama bahan2 pemerap, tabur 3 - 4 camca besar tepung beras dan gaul rata2 (jika kurang tambah sedikit lagi tepung). Kemudian goreng hingga keemasan dan ayam masa, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki ayam tadi.
  3. Boleh hidangkan bersama nasi lemak, atau nasi biasa atau boleh dimakan bersama sos kegemaran anda... ehem ehem..

12 comments:

Ibu Darwisy said...

nak seketui CM.. ratah pon sodapp

Dinda Iva said...

tq cik mat...tepung beras rahsianya...barulah ade kerak lebih.hehehehe

Mas said...

sedappnya tengok..
rasa nak cicah ngan sos jerkkk...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nmpk sungguh garing.minta seketul nak rasa blh cik mat?

Nina Mirza said...

As'salam CMG,

Uisshhh ..... menyelerakan sungguh ayam tuu!! nak mintak seketul ...
Hehehee ....
dah siap masuk dlm plastik tuu nak hantar mana Cik Mat??
hik hik hikk~~~

myda_ahmad said...

alamak sedapnya!habis makan tu mesti sampai menjilat jari..hik..hik..hik..

Rozuan Ismail said...

berempah ratus lah.hehe

maszull said...

assalamualaikum abg mat...wah sedapnya resepi ni...:)

Oh Oeya said...

Pertama kali persembahan Che Mat tanpa set heheh :)
Nampak sedap sungguh ayam goreng ni dengan rempah yang ketara.. 2 ketui baru rasa ni ;)

...suria... said...

Sesedap mskn ibu

mohd yusuf said...

Tetibe plak perot aku berkeroncong bile bace blog ni..

anna naim said...

Assalam..tgh cari2 resepi ayam berempah.. mcm tk minat nak salin..seharian smalam asyik mencari2..tiba2 arini teringat blog mat.. Mat kak anna kongsi resepi mat yer..nak masak utk berbuka ptg ni.. (kena mintak izin juga ni)...