SOFT CHEESE BAGEL....

rsz_dsc_2630
Selamat malam, entri terakhir malam ni nak share resipi soft cheese bagel yang mat buat petang tadi. Resipi asal dari buku "Magic Bread House" oleh Elisabeth Siahaja. Lama juga mat beli buku ni, kalau tak silap Raya Haji lepas, tergerak mencuba resipi beliau dan alhamdulillah menjadi dan sedap. Dalam buku ini walaupun ada bahagian roti yang tidak sesuai dengan umat Islam (sebab penggunaan bahan2 beralkohol). Tapi kita boleh ubahsuai ianya, ganti dengan jus buah2an atau susu. Resipi soft cheese bagel ini tak sama macam bagel biasa, ia kurang liat dan lembut. Satu lagi dia tidak menggunakan sebarang mentega dan telur. Cuma ada guna parutan keju..yelah dah nama pun soft "cheese" bagel, mestilah ada keju..kannn....

rsz_dsc_2582
Kalau ikut resipi asal, dia syorkan 5 biji untuk resipi ini, tapi mat buat 6, mat tambah sedikit bread softerner walaupun resipi asal hanya guna bread improver sahaja. Selain boleh dimakan begitu sahaja, bagel juga anda boleh belah dua dan isikan salad, hirisan ayam dan jadikan ia seakan2 sandwich. Bagel dari segi rupa ia seakan2 donat saiz besar, cuma teksture berbeza, dan kalau bagel tradisi yang mat tau, sebelum dibakar, kita rebus sekejap dalam air mendidih sebelum dibakar dalam oven. Jadi mana2 yang ter ter ingin nak mencuba boleh semak resipi seperti dibawah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung roti (high-protein flour)
50 gram tepung kek (tepung halus atau tepung gandum)
Secubit garam halus
130 ml susu segar
4 gram yeast
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner (mat tambah)
20 gram gula halus
30 gram parutan keju cheddar

BAHAN HIASAN :-)
Telur, dipukul sedikit untuk disapu
Parutan keju cheddar secukupnya untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan untuk doh dalam mangkuk, gaul rata dan tuang susu sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, uli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal, kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup dengan plastik dan biar 1 jam hingga naik dua kali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan ON, tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh, tumbuh untuk membuang udara. Bahagikan pada 6 bahagian sama besar, bulat2kan setiap doh tadi. Ambil satu bahagian, leperkan sedikit, tabur tepung dan cucuk bahagian tengahnya dengan jari sehingga membentuk lubang, besar kan lubang tadi dan alih doh dalam dulang pembakar. Buat kaedah sama untuk baki doh.
  3. Biar 45 minit hingga kembang. Sapu kuning telur dan tabur parutan keju. Bakar pada suhu 200C selama 15 - 20 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan mengikut kreativiti anda..Selamat mencuba!!!.

Post a Comment

8 Comments

  1. Ayunyaaaa la muncung dia tu..hahahahhaa
    1st time aku dengo namanya, atau mmg namanya Mat? nampak lembut aje tu....

    ReplyDelete
  2. Salam

    Cantiknya.
    Tgk gambar rasa macam ada depan mata!

    ReplyDelete
  3. kenapa mat gebu selalu masak sedap2. saya jealous la. ada je masa kan mat gebu nak masak2 ni. masak selalu special je pulak tu. walaupun simple saya tetap rasa special. hehe.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah makan roti ni kat Airport Heatrow, London, tapi macam abg mat gebu ckp ada salad, chicken slice macam sandwich tu..dapat sebiji menag kenyang sampai petang...memang sedap dan rupanya senang je nak buat..harus ku cuba

    ReplyDelete
  5. Owhh ni laaa bagel yg ko cakap kelmarin tu eh...baru ni akak tertengok...hehehee. Mst dah habis..setakat 5 6 ketuii tu mst ko sorang jek bedal kan Mat kan..? :))

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.