BEN ASHAARI

Tuesday, January 3, 2012

ROTI JALA......MACAM MANA NAK BUAT?...

rsz_dsc_2392
Assalammualaikum, salam Selasa 3 Januari 2012 bersamaan 8 Safar 1433 Hijrah. Pagi ni mat sarapan roti jala...Sebenarnya benda ni biasa, pendek kata semua orang yang boleh ke dapur, insya Allah pandai membuatnya. Adunan roti jala kurang lebih macam kita nak buat lempeng tepung saja. Kebetulan sedikit masa dulu mat dapat kiriman barang2 baking dari Kak Ummi Kuantan, dan salah satunya botol sos bermuncung tiga, yang mana telah menjadi tren blogger2 masakan menggunakan botol sos tadi sebagai ganti acuan roti jala. Selain memudahkan kerja, ia juga lebih bersih dan tidak mengotorkan dapur dengan lelehan tepung.

rsz_dsc_2407
Kebiasaan roti jala kita makan dengan kari, kuah gulai atau sambal tumis, yang ni ikut pilihan masing2. Pada mat dengan semua pun boleh. Sebab ada baki sambal tumis, jadi makan dengan sambal tumis lah. Paling ngam dengan sambal tumis ikan bilis. Satu lagi roti jala ni, ia boleh sesuai untuk majlis juga, samada rasmi atau santai. Boleh juga dihidangkan untuk sarapan, minum petang atau majlis2 kecil perjumpaan teman2 atau keluarga. Mat syorkan jika nak buat guna non-stick pan, sebab ia lebih memudahkan kerja. Cuma perlu lenser sedikit minyak pada permukaan pan tadi, mat sapu dengan paper towel bersih yang kita celop dalam minyak zaitun atau minyak masak biasa. Bila buat roti jala teringat sorang blogger muda ni, suka makan roti jala...takpe nanti datang Sedenak, pcm buat kan eks..siapa kah itu orenggg?..Blog beliau di sini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.

26 comments:

Sis-Lin said...

OOooo kat Daiso ni jual lobang 4 punya..lobang 3 x nampak pulak aku...cntikkkan roti jala tu.. :)

kakchik@ella said...

cara baru buat roti jala ye? Fuhhh .. hebat!! Mengancam lak tu hasilnya.

bersama kak Es said...

jelessss...

tak sabar nih tunggu acuan dari Kak Jee nak try cenggini :)

ninazsyafinaz said...

Sis-Lin..tulah..Naz pun dgr camtuh gak..dah pesan kat best fren suh tolong belikan..:)

Ya Allah abg Mat..sambal tuh mengugat betul..ntah kenapa Naz belum lagi pandai buat sambal mcm nih..ntah mana silap.Sambal cengini cecah dgn ubi kayu aduhai..sluurrp

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

cantiknyer....tersusun jalur dia.

Lya Colours said...

cantik je jalanya. kalau saya, ntah apa rupa la. hehe. tangan x kreatip langsung saya ni

Roses_Leo09 said...

emm emm ...... sedapnya .....
kalau ada kuah kari laaagiii sedap kan .....

Emma said...

MashaAllah cantiknya menjala.....mesti sedap juga ni

dukiaidah said...

cantiknya roti kirai mat niii ..memang pernah tengok botol cam tu kat daiso tapi tak tau serupa ke idak..akak ada juga beli tapi yg kat daiso tu tapi belum sempat2 lagi nak mencobanya..

wachak said...

assalam mat

Bulan lepas dok cari merata botol berlubang 3 ni dekat cawangan Daiso. Last sekali jumpa dekat Daiso IOI Puchong. stok baru sampai katanya. sekali dua botol wa beli. senang nk menjala lepas ni ... he33

minsal said...

Cantik la Cek Mat buat jala 4segi ni.Idea tu..selalunya org.buat yg.bulat.Cantik,cantik.Tahniah.

Ummi said...

Waaaahhh dah tebuk lobang botol tu eh...kira GMM sebut pecah dara la kat acuan2 kan... Kemain kacak lgk roi jala ko Mat...hehe

zaMir said...

Kalau saya panggil ni sbg roti tikar boleh tak?? sebab unik la corak dia....err...tapi yg penting sedappppp

Citarasa Rinduan said...

ayu puas jalan merata..
nak sangat beli...

nampaknya kak ummi dan kak jee jer yang ada...

nanti fikirkan nak beli dengan depa


PS: mmg cantik dan tersusun.. cik mat mmg seni orangnya..

Sue Andy's said...

mane nk carik corong tuh ekk

CNK said...

smart betul roti jala cik mat. hihi. mak den selalu blender je. hihi. sempoi. :)

Lilly said...

salam CMG,

adui.. pagi2 buat mak buyung nih teringin nak makan laaaaa....

Isteri Encek Bard said...

hatiku sudah terjatuh cinta dengan roti jala CMG.. sanagt cantik dan sayang nak amakn

Liza @ Adzriel AB said...

copy menu MG utk minum petang ye.. he..he..

Fifi Zaffida said...

sedapnyer.. nyum3..

Cik SuSu cOkLat said...

cantiknyee jalaa... selalu guna yg 4 lubang tu tapi yg ni 3 lubang yg sekata je.. ^_^

seri NIAN said...

cantikla...good idea..
terkejut mak daku kalo giini punya cantik

Maylin Marlini said...

Saya akan cuba esok... Jadi tak.. hehe

Maylin Marlini said...

Saya akan cuba esok... Jadi tak.. hehe

Norhayati Amat said...

saya hendak share pic nie ye

Norhayati Amat said...

saya hendak share pic nie ye

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.