BEN ASHAARI

Wednesday, January 18, 2012

QUICHE CENDAWAN PEDAS BERKEJU.

rsz_dsc_4372
Salam malam..haha tu je ayat aku...kalau up entri pagi, selamat pagi, tengah hari pulak selamat tengah hari...tu nasib baik up entri malam, kata selamat tengah malam. Takpe lah, setiap blogger ada gaya penulisan mereka dan secara tak langsung orang akan kenal, jika mat gebu, jalan cerita dia macam ni, kalau ben ashaari menulis pulak macam tu. Bila kita hendak melakukan perubahan, kena perlahan2, jika melakukannya secara mendadak, akan ada rasa janggal bagi pengunjung blog kita. Kita bercerita pulak pasal entri malam ni. Perasan tak, macam musim "quiche" pulak si mat ni kan...kalau dulu musim kueh talam, kejap2 kueh talam...Laa ni musim quiche..esok2 musim apa pun aku tatau lah...hanya masa akan menentukan....

rsz_dsc_4380
Kali ini mat buat quiche cendawan pedas berrrrrrrrrr"keju"..waaaa, dengar keju saja ada yang geleng2 pala, mengucap bagai, siap urut dada..heyy urut dada sendiri okeh, jangan urut dada orang lain...haha. Adehh pening leer si mat ni kadang2. Ok buat quiche ni senang, pastry tu anda boleh buat awal dan simpan dalam peti sejuk, bila nak guna dahh ada. Pasal inti pula boleh ikut suka apa nak guna, belen rendang boleh, kalau nak guna sosej pun ok, atau tuna. Nak letak sayur2an pun takde masalah...serius, boleh pelbagaikan ikut selera anda. Ok kita semak resipi pulak....Jomm..eh nantiii...sebelum tu lihat entri pilihan DTS kali ini---> di sini.. Terima kasih..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
150 gram cendawan"white bunashimeji", seperti gambar dibawah
1/5 bahagian traffic capsicum (merah, hijau, kuning) didadu kecil2
1 camca besar serbuk kari daging
1 biji bawang besar, dadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
1 camca teh serbuk cili atau serbuk paprika
6 pokok kucai, hiris halus dan asingkan sedikit
Secubit gula
1 camca besar air

BAHAN KASTARD :-)
1 biji telur + 1 kuning telur
2 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar susu sejat
Secubit garam

BAHAN LAIN :-)
1/3 bahagian pastry, resipi di sini
Sos kegemaran untuk dimakan bersama (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan serbuk cili dan kiub ayam, kacau rata. Tambah serbuk kari dan sedikit air. Masak sekejap. Masukkan trafficlight capsicum dan juga cendawan tadi. Masak dengan api kecil hingga cendawan layu. Tambah gula dan masak sekejap lagi. Matikan api, sejukkan inti tadi.
  2. UNTUK KULIT QUICHE :- Canai doh tadi diantara dua keping plastik bersih hingga mendapat ukuran lebih besar dari acuan (mat guna yang saiz 6 inci), buka plastik dan terbalikkan ke dalam acuan, kemaskan dasar dan bahagian tepinya. Potong lebihan pastry. Cucuk permukaan dasarnya dengan garfu. Kemudian alas dengan sekeping kertas minyak dan letak benda berat dalamnya, mat letak kacang soya seperti dalam gambar. Bakar kosong (blind-bake) pada suhu 190C selama 15 minit. Kemudian angkat kertas bersama kekacang tadi, dan sambung bakar untuk 10 minit lagi. Keluar dan ketepikan.
  3. UNTUK KASTARD :- Satukan telur, keju, susu sejat, serbuk lada hitam dan sedikit garam, kacau rata dan ketepikan.
  4. UNTUK QUICHE CENDAWAN PEDAS BERKEJU :- Ambik inti tadi, isi dalam kulit quiche, ratakan. Berhati2 tuang kastard berkeju tadi atasnya, ratakan. Tabur hirisan daun kucai yang diasingkan tadi, rata. Sambung bakar lagi selama 20 - 25 minit hingga permukaan quiche perang keemasan. Sejukkan sebelum dipotong, dan hidangkan bersama sos kegemaran. Sesuai untuk minum petang..

19 comments:

Choco Ani said...

CMG.. aduhai.. pengsan jap..Ani nak sikit.. jgn smpai termimpi makan Quiche sudah.. yummy sgt la nampak nya

Cheq Sue said...

dari aritu dok nampak quiche bayam, teringin nak cuba... entah camana rasanya ya che mat?

JIJI YU said...

nape la pelik2 bebeb\no papa masak..aiseh

susumanis said...

yum yum :)

Iska Na Diya said...

terliur rase..dah mmg lapar nie..aduhhh nie balik mesti buat nie..

Oh Oeya said...

As salam. Selamat pagi Che Mat. Moga sihat ya :-)
Selain quiche yg sgt2 mengecurkan ni, terima kasih juga sebab paparkan sekali acuan sebab saya ni sedang 'mula' dan yg pastinya tak tau nak guna acuan yg sepatutnya utk sesuatu masakan.. Dgn adanya contoh begini senang saya nak cari.. print acuan ni dan bawa ke kedai saja hihi..
Terima kasih sekali lagi ya Che Mat :-)

Asmara said...

Salam cikmat, atas tu tabur ngan cheese lg ke? acuan size brapa tu ek? tq :D

Mat Gebu said...

@ asmara - Sebab cheese kita dan masukkan dalam telur, bila tuang, bancuhan kastard dah kebawah, maka keju tinggal kat atas. Yang tu saya guna acuan saiz 6 inci...

~~zAnAfAhMi~~ said...

Benci...benci..kita tak pandai buat. Mesti tak jadi punyalah, tak payah nak cuba2.

MG...cmne nk sebut tu? kuci? hehe..

Kasawari said...

Bab bab keju ni memang feveret abg burung ni mat.. eh abang kucing.. hehe..

tonsulaiman said...

sedapnya...mat, letak beras masa bakar tu as pemberat boleh tak? takde kacang soya la..

CT Delima said...

As'salam Mat

k.ct bab2 cendawan ni selalu jadi compius ko.. yang nama cendawan "white bunashimeji" ni yang batang dia panjang tu eh..hehehe. adoiii memang selalu tak cam betul2 lah Mat..maklum lah kat rumah tu semuanya memang ala2 tak makan cendawan kalau nak tahu..hehehe

sedap jer k.ct tengok ni..macam nak buat..tapi tak tahu bilaaa..? heheh

mas saari said...

yummy!!!

MULAN said...

semalam buat laksa singapore resipi mat.. mabeles..!!!

yg ni pon nak kena try jgk nanti..

mamasuri said...

ahh sedapnya...
confirm sy tak akan buat...
tp dah terliur ni..huhuhu

wanie said...

wau...xde taster ke che mat...?tgok jer dah lapo...

Sis-Lin said...

Salam Mat...respi mmg best musti sedap, tp aku nak tanya acuan tu haa..ko beli kat Perling Indah eh?

G@D!z$ said...

argghhh klu msuk blog ni kenyang pn jd lapar tgk menu2 tu...huhuhu

DaRi DaPuR LiZa said...

sedapnye.....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.