KUPANG BELACAN.....MASAKAN MUDAH..

rsz_dsc_2472
Salam..bertemu kembali. Masak mudah je, kalau ikutkan tak payah letak, tapi kalau dapat nak juga kekalkan 4 entri satu hari, insya Allah, jika keadaan mengizinkan. Kita ni merancang saja, Allah jua yang menentukan. Entri mudah kali ni mat masak masukkan resipi kupang belacan. Mat guna isi kupang segar.Kupang sejenis hidupan air masin yang berkulit seperti kertang, tapi kulit kupanh lebih nipis dan kehijauan, dalam bahasa inggeris ianya dipanggil "Mussel". Ia boleh dimasak mengikut kreativiti anda, atau direbus dan makan bersama cili kicap atau sambal cuka. Kalu ni mat gun kurang lebih 1 1/2 cawan isi kupang segar yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Ok tanpa berlengah masa kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi kupang segar, bersihkan gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2 biji bawang besar, hiris berangkai
2 ulas bawang putih, hiris halus
8 biji cili padi merah, dititik
8 biji cili padi hijau, dititik
2 batang leek, kerat dan rendam
1 inci belacan, dihancurkan
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam secukup rasa
Sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan kupang dan goreng hingga perang sedikit. Tolak ke tepi kuali, dan masukkan hirisan bawang, bawang putih, cili padi merah/hijau, leek (toskan) dan belacan, kacau rata dan masak hingga layu.
  2. Gaul rata bersama kupang tadi. Masukkan jus limau kasturi, gula dan sedikit garam jika perlu. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat...nak2 lagi itu nasi lembut sikit....pitammm >__<

Post a Comment

9 Comments

  1. Ohhh my peberet kupang..masak apa pun jnji kupang, semua aku bedalll..
    simplenyaaa..nak cubalahhh :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum CMG...sedapnya lauk kupang tu...:)

    ReplyDelete
  3. Wa... Nak nangis tengok lauk cik mat. Mesti sedap nieh. dah la dah lama tak makan kupang.. yumm..yumm..

    Selamat tahun baru cik mat!!

    ReplyDelete
  4. lama tak masuk sini...busylah che mat, tapi saya da khatam dah semua resepi yang saya missed sepanjang kegagalan saya log in ke sini...:)
    tahniah che mat...10 juta tu..perghhhsss

    ReplyDelete
  5. selalu masuk blog che mat tapi tak penah nak comment. baru hari ni nak comment. makan kupang jangan lupa buang janggutnya. hehe...

    ReplyDelete
  6. cik mat, kat baling ni ada tempat nama kupang..sempena dengan kupang la kot..hehheheh...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.