BEN ASHAARI

Saturday, January 7, 2012

BEGEDEL TOFU...RESIPI KAK LIZA LAGI!!..

rsz_dsc_2936
Assalammualaikum, salam petang Sabtu..entri ke-2 mat hari ni. Sakit tekak sekarang ni, hadoi mungkin gara2 air batu. Takpe kita stop kejap minum air batu, esok2 baik sambung minum balik. Petang nak mat nak share satu resipi dari buku Chef Hanieliza, 1 hari 1 resipi yang memuatkan 365 resipi yang mudah dan ringkas. Mat memang syorkan pada mereka yang baru2 berjinak dalam dunia masakan, tak lupa untuk mereka yang baru mendirikan rumah tangga, buku ini perlu didapur anda. Kami yang masak dah agak lama ni pun anggap buku kak liza sebagai salah satu bahan rujukan bila kekeringan idea. Resipi menarik ini mudah disediakan dan tidak mengambil masa yang agak lama. Cuma ia nampak rumit walhal tidak sama sekali.

rsz_dsc_2970
Mat buat 1/2 dari resipi asal dalam buku, dan kalau resipi asal guna udang yang dikisar halus, mat ganti dengan daging ayam cincang. Daun bawang pulak mat kehabisan stok, jadi ganti dengan kucai..hmm nak kena tanam sendiri lah daun bawang macam ni, Alah bukan susah sangat, letak saja bawang besar atau bawang merah atas tanah lembap, insya Allah nanti ia akan mengeluarkan daun. Begedel tofu ni sedap dimakan bersama sos cili. Terima kasih mat ucapkan pada Kak Liza...Mintak izin kongsi resipi yea kak dan minta maaf atas kederhakaan ku...sikittt jee sebab ikut bahan2 yang ada kat rumah.. Resipi seperti dibawah..

BAHAN-BAHANNYA:-)
4 keping tauhu
200 gram kentang
200 gram isi udang, potong kecil (mat guna daging ayam)
2 biji cili merah, buang biji dan dadu
2 pokok daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
1 camca besar serbuk lada hitam (mat guna serbuk lada hitam aji-shio)
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar bawang goreng (mat tambah)
Garam secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
Sos cili, untuk mencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tauhu dihancurkan. Kentang dipotong nipis dan goreng hingga empuk, angkat, tos dan lecek halus (mat guna "russet potato", sebab cepat empuk). Masukkan kentang, udang, tauhu, hirisan daun bawang, bawang goreng (ramas), lada hitam, tepung jagung, cili merah dan garam secukup rasa. Gaul hingga semua rata dan sebati. Rehatkan sekejap.
  2. Ambil 1 camca besar dan bentukkan seperti bebola, tekan sedikit bagi leper, letak dalam bekas beralas plastik. Buat kaedah sama hingga habis. Celup begedel dalam bancuhan telur dan goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan bersama sos kegeraman..

10 comments:

Izan Ishak said...

resepi yang mudah ni... bolehlah cari tauhu esok nak buat begedil tofu...

Yatie said...

uwaaaaa...mmng best ni..bhn2 semua ada, leh cuba mlm ni gak..iye ye jek akak ni...he3..

Lily Jaafar said...

saya pun nak buat mlm ni jugak...nyum! tengsss :)

kak ina kl said...

memang berkhasiat makan camni kan Mat. Resepi Kak Liza memang tidak mengecewakan

A~ said...

Happy Birthday PCM!! Semoga panjang umur & murah rezeki sentiasa. All the best in life :)

Lady Milo said...

hi cik mat gebu..,
nak request..
pasni boleh buat resepi ikan patin bakar curah kuah tempoyak pekat -sangat jarang jumpa, ada dijual di pasar ramadhan termeloh shaja,. (^_^)

blog-tips-kurus said...

nak! nak!
kreatifnya resipi ini. russet tu memang sodap. ingatkan mahal.. :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bestnyer tgk bergedil tauhu..lum pernah mkn lg.ada masa nak cuba juga nnt.tq cmg

Roses_Leo09 said...

menarik ni
boleh la cuba nanti

CMG,
happy belated birthday
semoga happy selalu yer

FLORENCE MARIANAH said...

Mohon d copy resepinya nak try bab ada tgh ada tauhu ni,terima kasih dgn empunya resepi....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.