BEN ASHAARI

Saturday, January 14, 2012

AYAM MASAK KICAP LADA HITAM..

rsz_dsc_3855
Salam malam, entri sebelum masuk tidur, mat share satu masakan very simple, mudah dan menjadi kegemaran anak2. Kalau makan dengan bubur nasi pun sedap, memang sesuai. Ayam masak kicap lada hitam ni, agak pekat, tapi sapa suka berkuah boleh tuang air. Mat guna kurang lebih 1/2 ekor ayam yang telah dipotong mengikut saiz sederhana, cuma peha tu tak potong lah, kasi dia seketul2...nampak mengiurkan gitu. Masak kicap ni biasa2 saja dan antara masakan paling cepat yang anda boleh sediakan. Sesuai untuk semua, golongan ibu bekerja, "suami' yang bercuti kat rumah...erkk tapi kena pandai goreng ayam lah yea, ehem ehem, takut gak nak usik2 ni, kang Ben Ashaari marah woo...dia baling besi dari Putrajaya sampai Sedenak....naya, takuttnyaa, tapi dia goreng ayam pandaiii...serius. Alah kesah apa kann, dia mana ada baca entri blog guaa punnn.. Ok lah untuk semua, walaupun ini cikai nya resipi, mat tulis juga....boleh masak esok yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potong pada saiz yang anda suka, cuci bersih dan toskan
2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
2 biji kentang, hiris sederhan tebal, rendam
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 inci halia, hiris
1/3 cawan kicap manis
2 camca besar sos lada hitam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap 20 minit dan goreng tapi jangan sampai garing, kasi goreng embal2 saja. Angkat dan toskan. Kentang tadi ditoskan dan goreng hingga kuning keemasan, toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan sos lada hitam dan ayam. Gaul rata. Tuang air dan masukkan kicap manis, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
  3. Tambah bawang besar, cili belah dan kentang, gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah, yang ni terpulang pada masing2. Matikan api dan alih dalam bekas sesuai. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...

7 comments:

Sunah Sakura said...

cer tengok papa ben baling besi ke tak sat gi...hahaha

zaMir said...

peerrrgghhhh,....sedapnya!!! lagi2 dpat part tight n peha tu...

farasakura said...

terliur dah ni fuhhh nak try besok!! ;D

Citarasa Rinduan said...

cmg.. ayu sampaikan kat ben ya.. hahhahahaha

gurau

PS" mmg suka makan ayam masak lada hitam....thanks syer resepi ya

MULAN said...

ni menu evergreen...!!! semua generasi suka ni..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

perghh terangkat!

Ilah A. Manaf said...

wah ... looks nice and simple ... I shall try it today ..
Terima Kasih for sharing the recipe =)