BEN ASHAARI

Wednesday, January 11, 2012

ARGHH...INI YANG AKU MALASSS...HUHH!!

rsz_dsc_3537
Bengang lahh...nampak tak pau sambal tu..rupa tak senonoh, lepas tu macam kurang gebu. Nasib baik lembut dan sedap. Mat buat petang tadi, lepas tu dia naik semua ok, bila cukup masa mat pun nak goreng. Bila minyak dah ok, semua, si mat pun masukkan lah itu pau dalam minyak..tapi pesal dia naik gebu sekerat jee, lepas tak mo tembam sangat, lama2 makin tak berapa nak lawa...Sekali aku tengok tungku dapur...api takde wooo!!!....haiyak, mana sudah pergi pun gua tatau...rupany2 gas habiss....grrrr..sabar jelah, mat angkat pi letak kat dapur lain. Mula goreng balik tapi itu pau sambal sudah menyeman, jadi tak berapa nak lawa...kecewa lah jugam tapi nasik baik minyak tak terserap dan rasa dia pun sedap...Hmm, masa mat buat ni tiba2 teringat Ady Budika...masa dia tengah hot memasak dulu, pau sambal ni lah yang dia test buat masa balik kampung dia nun di Kedah, sebelum tu buat donat...kenangan semua tu...hmm.. Ok lah resipi senang saja seperti dibawah...Blog pilihan DTS hari ini ---> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula kastor
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur atau shortening
1/4 camca teh garam
1 camca teh yeast
100 ml air suam

BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh yeast dengan air suam dan 1/2 camca teh gula kastor (guna gula dalam resipi ini), bancuh rata dan biar ia berbuih. Sementara itu, satu kan tepung, baki gula kastor, garam, lemak sayur dan susu tepung. Gaul hingga rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan gaul hingga rata. Jika kurang air tambah sedikit lagi, dan gaul lagi hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk adunan.
  2. Bagi kenapa 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan tekan sedikit, susun dalam loyang yang telah di tabur dengan tepung. Jarakan antara satu sama lain, dab perap 40 - 45 minit atau hingga saiznya berganda.
  3. Goreng terendam dalam minyak panas berusuhu sederhana. Masak hingg kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan, buat hingga siap. Sejukkan.
  4. Ambil satu pau tadi, belah dua tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis ikan bilis dan susun timun dalam dia, mat letak 2 hirisan nipis timun. Boleh dihidngkan untuk minum petang atau sarapan juga..

16 comments:

aDisH.sHidA said...

telan air liur cheq eeeeeeeeeeeeeh...
xpe x bape naik pun janji sedap
meh anta kedah skit,..
nak arap ady buat x buat pun :((

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Im okeh with it..bagi 5 bijik pls and I'll finish them in no time! Haha...sedapnyeeeee dekat2 dinner dah ni...

Juliet_iRa~" said...

sedapnyaa..heee..:)

if guna yis kering a.k.a mauripan boleh ke?

de'orchid said...

sedapnyeee.... kena try wat nih....=)

Sunah Sakura said...

kan..bila tengok ni kat wall tadi pun terus teringat abang Ady Budika...

Ummiakid @ lily said...

tapi tetap menyelerakan CM...bak barang 2 ketoi...

Rosmaini Abdul Razak said...

Cedapppnyeeee.... :)

susumanis said...

comel n looks so yummeh CMG :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak tembam pun sedap kan?mmg geram klu gas abis kan CM?sabar je lah.

faa.rosli said...

sedap..teringat zaman sek dulu slalu beli...

Rozuan Ismail said...

memang feveret nih. PCM, kata nak letak link blog saya.hehe

Citarasa Rinduan said...

tiba2 ayu mau gelak ttg entry CMG yang dahulu, buat kek bentuk *****.. kekekkee

~Nana BamBam~ said...

minum petang sedap menjamu pau goreng sambal nie..perghh!! meleleh air hidung :P

Sonali Pradhan said...

first time in ur space...n wow...u hav such an amazing space...this recipe is new to me...but i just loved it absolutely...gr8 combination of flavors.....n love ur presentation...following ur space...do visit mine sometime :-)

http://onlyfishrecipes.blogspot.com/

Zurina Hj.Zainal said...

my favourite!

secretGarden said...

tengok dari gambarnya pun da nampak sedap..agaknya kalau dapat rasa berganda2 sedap..my fav kueh..lama da xmkn..tp tgk gmbr ni pn da rs kenyang..hihihi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.