BEN ASHAARI

Monday, December 12, 2011

IKAN TAPAH LEMAK CILI PADI...ATAS ARAHAN..

rsz_dsc_9592
Assalammualaikum, salam semua. Baru dapat on9..sibuk sangat ke?...sibuk lah juga. Malam ni mat share resipi lemak cili padi lagi, penggsann >___< , bagi yang jaga makan, maaf lah, yea. Mat masak atas arahan pihak atasan, mat kan hanya menurut perintah. Tak kesah lah. Kali ni masak ikan air tawar, guna Ikan Tapah yang diberi oleh Mak Jah geng kolek PML. Ikan ni import mari dari Sarawak, jangan memain, mancing kat sungai katanya. Berbanyak terima kasih pada Mak Jah dan suami atau lebih mesra panggil Pak Long. Anda kenal ikan tapah?..Ia sejenis ikan air tawar. Rupa ada sedikit kesamaan dengan ikan patin tapi warna nya gelap dan ada corak garisan dibahagian ekor. Mulutnya sedikit leper dan gigi agak rata namun tajam. Ikan tapah ni boleh membesar, di kampung mat dulu, pernah ada seekot ikan tapah mati di dalam tasik. Kemudian ia diangkat keluar menggunakan jentera back hoe!!!..perghh, besau gileer, biawak boleh landing atas itu ikan waa cakap luu, tak tipu punya story maaaaa....Cerita sudah habis, kita tengok resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tapah saiz sederhana
1 cawan terung pipit
4 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
800 ml santan cair
300 ml pati santan
7 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1/2 cawan cili padi kampung
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tapah disiang, kerat pada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, cuci bersih dan toskan. Terung pipit diasingkan dari tangkainya, rebus hingga 1/2 empuk. Toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, santan cair dan serai, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan juga terung pipit tadi. Masak hingga terung lembut. Tuang santan cair. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Tambah daun kunyit dan jus limau kasturi, kacau perlahan, masak sekejap dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain...

5 comments:

Choco Ani said...

Assalamualikum CMG mesti sedap lauk tu wat Ani tringat ikan baung sungai yang di masak mak dulu.. aduhai.. sedap nyer.. apabila rasa pedas.. masam dari limau kasturi. lemak santan, terliurrrr ;)

Mat Gebu said...

@ choco ani...kenn..rasa meleleh air liur, lagi2 terbayang jus limau kasturi tu..

cikgu isza said...

suami kata dia tak boleh makan ikan tapah..
kalau darah dia tak ngam denan ikan tapah jawabnya anak2 saya pun tak bolehlah makan ikan tuu..

Mat Gebu said...

@ cikgu isza - ada yang kata kalau keturunan pak kaduk pun pantang makan ikan tapah...wallahhualam..

minsal said...

Ikan kalau kena angkat ngan back-hoe tentu boleh mkn.orang kan? Macam ikan toman yg.besar boleh mkn.orang juga.