FRESH STRAWBERRY CHEESE TART

rsz_dsc_9416
Cakk...salam semua, Isnin sudah, memasing mengantuk keeee..alah balik jee tidur...erkk..hehe, jangan dengar cakap si mat tu...dia lain lah kan...kan. Ok ni mat buat semalam, tapi letak hari ni, Sebenarnya strawberry tu ada sikit, tu pasal mat letak seketul je tat..huhu, sian kan. Jadilah, yang lain2 tu ada tapi untuk projek lain pulak. Kali ni mat guna cream cheese filling sebagai ganti custard, eh sedap lah sebab tak rasa muak pun bila blend dengan rasa masam2 buah starwberry tu. Kalau anda nak letak buah2an lain pun boleh, atau buat macam fruit tart biasa tu, campur2 buah dia. Apa2 pun jenis fruit tart, warna memberi peranan utama, tu pasal strawberry sering menjadi pilihan sebab warna merah dia tu, menyerlah..

rsz_dsc_9424
Kalau guna yang segar..lagi nampak sedap dan menawan, mat punya ni kira dah beberapa hari, tu pasal nampak pun huhu, agak lain sikit, merah dia macam kurang menawan. Yang selalu mat nampak strawberry kalau dari Korea, rasa dia tak masam sangat, masih ada sisa2 kemanisan. Kalau dari CH..hmm masam ya ampun..tapi takpe kita sapu dengan piping gel atau apricot jem sikit atas dia, jadi adalah rasa manis sikit...manis tipu..hehe. Tat tu mat tabur sedikit croquant atau butiran jagung di tepi2 dia, yang tu anda boleh beli di kedai2 menjual bahan baking. Ok mat tulis resipi dia pulak....

BAHAN-BAHAN PASTRY :-)
150 gram tepung halus (boleh guna tepung gandum)
25 gram gula aising
70 gram mentega sejuk, dadu kecil
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CREAM CHEESE FILLING :-)
180 gram cream cheese
50 gram mentega
1/2 camca teh parutan kulit lemon
1/2 camca teh jus lemon
2 camca besar gula aising diayak (atau ikut manis)

BAHAN LAIN :-)
Buah strawberry segar secukupnya
Piping jell secukupnya, untuk sapuan
Croquant secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRY :- Satukan tepung, gula aising dan mentega sejuk, gaul ramas dengan hujung jari hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan esen vanilla dan gaul rata. Tambah telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh dan rehatkan sekejap. (selalunya telur tak habis digunakan). Sediakan acuan fruit tat, yang ini ikut saiz apa yang anda nak, seelok2nya biar lah yang sesuai untuk kita susun buah2an dalamnya. Ambil dok tadi, anggaran sebesar syiling 20 sen atau lebih sedikit. Tekan dalam acuan tat, hingga memenuhi ruang acuan, kemaskan lebihan. Buat hingga siap, cucuk sedikit pastry tadi dengan garfu, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 25 minit. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan atas jaringan.
  2. UNTUK CREAM CHEESE :-Putar cream cheese dan mentega hingga lembut dan bersatu. Masukkan lemon juice dan gula aising dan putar lagi hingga gebu, tambah parutan kulit lemon. Jika kurang manis, anda boleh tambah sedikit lagi gula aising. Putar dengan kelajuan sederhana hingga bancuhan kelihatan berkrim dan licin.
  3. UNTUK FRESH STRAWBERRY CHEESE TART :- Buah strawberry tadi, dicuci dan lap kering, kemudian belah dua. Ambil satu kulit tart, sapu bibirnya dengan piping jell, kemudian tekan atas croquant tadi. Isi dengan cream cheese dalamnya hingga hampir penuh. Susun buah strawberry tadi dan glis dengan piping jelly untuk kelihata berkilat. Buah kaedah sama untuk baki kulit tart tadi. Hidangkan....

Post a Comment

12 Comments

  1. isk....mana nak carik stoberi nihhh...tukar pisang boleh tak???hehehehhe

    cik mat,dah lama sy tak buat tart ni taw..yg ni cheese dia tak letak whipping cream ek cik mat?

    ReplyDelete
  2. STAWBERY NAMPAK SANGTA FRESH.... NAMPAK KOPI O DIBELAKANG TU... SEDAPNYER..

    ReplyDelete
  3. Waaah akak pun ada stoberi yg hampir nak malu2 segar dah tu...nak kena mengetart yg malas nih...ada x resepi senang2 jek Mat...hehhee

    ReplyDelete
  4. betul la mat..dari kul 8 smpai la ni dok ngantuk jer arr..tgok strobery tu segar sikit mata...huhu..

    ReplyDelete
  5. sejak2 cik mat guna gambar Flickr, saya agak hampa dan kecewa sebab tak boleh nak tengok gambar-gambar masakan cik mat sebab tak boleh nak bukak flickr.

    ReplyDelete
  6. sedapnya..zla pon ader pasang impian gak nak mengetart ni en.mat..tp masanya bila ntah..hehe

    ReplyDelete
  7. Seperti biasa, makanan dan kue di sini selalu nampak sedappp...
    Eh, salam kenal sebelumnya to CMG...
    Lama dah jadi silent reader tapi baru sekarang kasi komentar...

    ReplyDelete
  8. perghh besar nya storberi ko, mat!!

    ReplyDelete
  9. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
































    teko sakura tuuuuuuuu! :DDDD

    ReplyDelete
  10. cikmat...kalo guna tepung redrose ok tak?? agak2 jadi tak tart sy nanti??

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.