BEN ASHAARI

Thursday, December 1, 2011

CEPAT DAN MUDAH UNTUK MINUM PETANG.

rsz_dsc_8198
Salam petang semua, dah minum petang ke..Uikk ada yang sangap2..yelah mengantuk kan. Mat pun hari ni ntah macam mana lepas subuh tertidur dannn dekat jam 10 pagi baru bangun...huhu, rugi masa sudah...grrr, takmo macam tu, esok nak bangun awal. Sebenarnya menu yang ni untuk sarapan pagi tadi, tapi atas kesuntukan waktu mat letak petang dan kira untuk minum petang pun ok resipi ni. Buatnya mudah dan mat guna prata segera jenama KAWAN sebagai kulitnya. Nak kata ala2 karipap pun boleh, ala pastry puff pun boleh tapi ni jenis King Kong nya lah, habis satu ni sahh tergolek dog kat situ juga sebab kekenyangan....siap sendawa lagi...eeeerrrrkkkkkk!!....haa tu kan dah sendawa...haha. Kalau anda nak guna puff pastry pun boleh lagi rangup dan renyah. Untuk resipi ni mat guna 1 keping daging burger ayam jenama Ramly dan akan menghasilakan 2 biji karipap bersaiz besar...Pstt anda pasti jatuh cinta dengan gambar2 di blog ini....cantik2 dan penuh makna..

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 biji kentang saiz sederhana, kupas, dadu kecil dan rebus hingga empuk, toskan
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 keping daging burger ayam jenama Ramly
1/2 camca besar cili kisar
1/2 camca besar tomato puree
1 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)
1/3 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 pokok daun sup, hiris halus
2 camca besar kacang pis (guna yg dalam tin, toskan airnya)

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
2 keping roti prata instat jenama KAWAN
1 biji telur, dipukul sedikit untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam berperisa "aji-shio", untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan putih hingga harum masukkan cili kisar, rempah kari dan tomato pure, tumis hingga garing. Masukkan daging burger (hamcurkan), kacau dan tambah air. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Tambah kentang dan kacang pis, masak hingga kering. Rasa dan matikan api. Gaul dengan daun sup. Sejukkan.
  2. Ambil sekeping prata, letak 1/2 bahagian inti dan lipat 2, kemudian tekan keliling nya, kelim seperti karipap, letak atas dulang pembakar yang disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Cucuk2 sedikit dengan garfu, sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa. Bakar dalam oven pada suhu 190C yang telah dipanaskan terlebih dahulu, selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidang untuk minum petang atau sarapan.... Selamat mencuba..

7 comments:

Melur Jelita said...

King Kong tu...ekeke
dalam ASSt pun ada sebut King Kong

Iffah Afeefah said...

oooo pakai tu je ke

simple

JIJI YU said...

ni minum petang sekali ngn bekpes esok dah ni

Amie said...

sape2 pun boleh buat ye Che Mat...

mas saari said...

senang je buatnya! boleh cuba ni..

azila said...

skang ni n pasni suma masakan akan berasaskan kentang..bak kata 'org rumah'..heheh.

zaty izzati said...

senang je ye resepi nya..=)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.