BEN ASHAARI

Wednesday, December 28, 2011

ASAM PEDAS AYAM......

rsz_dsc_1131
Salam semua, selamat tengah hari, dah makan?..Dah siap masak?. Hari ni mat masak.....erkk, nanti bagi tau lah segan. Kali ni nak share salah satu masakan yang mat hidang pada tetamu semalam. Memang lah biasa saja kan, alah asam pedas ayam semua orang boleh buat. Betul, tapi jarang juga orang di negeri lain masak asam pedas ayam. Kalau kami di Johor, biasa dah masak macam ni, siap letak nenas lagi. Satu mat suka asam pedas ayam, kuah dia tu boleh kita guna untuk cicah lempeng atau roti canai, atau nak makan dengan roti pun sesuai. Daun kesom antara bahan penting. Mat letak nenas sebagai pemangkin rasa. Kalau nak ganti bendi pun boleh, ikut suka masing2. Ok kita semak resipi...tak kesah lah ulang tayang ke hapa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
1 biji nenas madu saiz sederhana, kupas dan hiris sederhana tebal
1 genggam daun kesom
2 batang serai, dititik
2 cawan jus asam jawa
3 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3/4 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api perlahan dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata, biar hingga ayam kecut sedikit. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan daun kesom. Bila ayam 1/2 empuk, tambah nenas dan masukkan jus asam jawa, kacau dan biar mendidih.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika suka boleh tambah kiub ayam. Masak hingga ayam empuk dan nenas sedikit lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain..

4 comments:

cik cek said...

Lapo pulak perut ni tgk lau best ni...:D

N.E.E.N.Y. said...

Salam Che Mat,

Saya di Kelantan ni memang tak pernah rasa asam pedas ayam. Kecur air liur tapi kalau nak masak, jadi ke?

Insya Allah akan cuba.

Terima kasih.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

saya pernah mkn sekali asam pedas ayam zaman kecik2 dulu.sedap...rupanya mcm ni caranya ye cik mat..tq ye kongsi resipe

Isteri Encek Bard said...

hihihihi cmg sebenarnya mereka yang datang dari selain dari negeri johor dan melaka sangat pelik dengan rezepi ayam asam pedas ni.. pada kita orang johor ni sangat sinonim, tapi pada mereka makanan ini sangat pelik.. teringat asam pedas mak saya yang pekat likat tu.. huhuhuu sedappp

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.