BEN ASHAARI

Tuesday, November 29, 2011

STRAWBERRY SWISSROLL DI SENJA KALA.

rsz_dsc_8078
Salam semua, waktu bergerak pantas, baru menghirup udara siang, kini malam pula menjelma, malam yang penuh dengan rahsia Allah swt. Dan malam juga mat letak entri terakhir (insya Allah). Petang tadi kenapa tiba2 nak makan strawberry swiss roll dan tujuan asal nak guna strawberry segar. Bila tengok balik cuma ada 3 biji saja yang tinggal...hmm macam nak kensel dah buat. Tapi kita buat dia, arghh aku kan kaki derhaka, boleh kot, dan mat buat saja lah. Ini buat dia senang, mat guna tepung optima atau ada yang panggil tepung sponge mix, atau senang cakap tepung instant....yang ni kira amatur pun boleh buat, sebab senang, cuma part menggulung tu kena berhati2 sikit lah...

rsz_dsc_8095
Dann satu lagi nak potong kena guna pisau tajam. Kalau tak tajam kan..kan, jadi lah macam dalam gambar atas tu, perasan tak ada satu keping tu, aduhh tak lawaa langsung bersememeh, grrrr, tak puas hati okehh..geramm's. Oh yea, tu hari masa mat pi kedai jual barang baking di Perling Indah (kalau orang2 JB yang suka baking, mesti tau kan tempat tu). Kat situ segala maknikam benda2 baking ada dari tin kek hingga perasa...1001 macam lah, dan satu je yang perlu anda sediakan..Ringgit Malaysia..tu saja..itu ada, semua ON. Mat ada beli dusting powder, dia ni macam gula icing juga tapi sepesel sikit, kalau gula kita ayak atas kek, lama2 dia akan cair tapi yang ni dia elok je nampak berdebu.... Ok kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur
30 gram mentega, cair dan sejukkan
30 ml air
1 camca teh strawberry emulco
Buttercream @ Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar untuk hiasan
Dusting powder atau gula aising untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin 10 inci x 10 inci x 1 inci dengan kertas minyak, biar lebih sedikit dibahagian kanan dan kiri, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan air, kacau rata dan putar hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit hingga adunan kembang dan pekat.
  3. Masukkan strawberry emulco, kacau rata dan tuang juga mentega cair. Gaul rata dengan spatula. Tuang dalam tin, ratakan dan bakar selama 25 minit. Keluarkan kek dari oven alih ke atas jaringan hingga kek sejuk.
  4. Bentang sehelai kertas minyak yang bersih. Terbalikkan kek tadi atas kertas dan tanggalkan kertas pengalas kek. Sapu rata kek dengan buttercream atau whipping cream, gulung kemas gunakan kertas alas tadi sebagai medium menggulung. Biar sekejap. Hias dengan dusting powder dan strawberry segar. Hidangkan..

4 comments:

insheerah said...

dusting powder tu snow powder kan ? sama tak ??

Iffah Afeefah said...

sedapnye

lame xmkn

Anis Alia said...

gebunye kek...geram..

CT NoArIzAh ArIs said...

ASSALAM CIK MAT...SY TERTARIK DGN BUAH STRAWBERRY TU NAMPAK SEGAR DAN CANTIK BOLEH TAU KAT HYPERMARKET MANA YG SELALU JUAL BUAH STRAWBERRY CANTIK2 MCM TU DAN ITU BUAH CAMERON KE ATAU N.ZEALAND ?

SY NAK GUNAKAN BUAH TU UNTUK GUBAHAN HANTARAN ADIK SY TAPI KAT GIANT BUAHNYA KURANG MENARIK..HARAP INFO CMG BOLEH MEMBANTU.