BEN ASHAARI

Monday, November 21, 2011

PANDAN AND VANILLA CUPCAKE..

rsz_dsc_7359
Salam..hmm kenapa ntah..mood nak update blog punya lah takde, macam ke laut je perginya, nak kata takde bahan, insya Allah memang ada. Petang tadi mat mula membuat satu benda yang tertangguh. Dua hari lepas mat singgah di blog geng kolek PML (pinggan mangkuk lama) dan beliau memang ada blog masak2, di sini. Jadi mat terbekenan dengan buttercake yang beliau buat tapi dibuat gaya cupcake. Kalau Kak Nannie buat ada belang cekelet, mat pulak guna pes pandan, dan tabur sedikit coklat cip atas dia sebelum dibakar. Ianya sesuai untuk minum petang, atau majlis kecil2an. Kalau anda nak buat guna papercup jenis keras yang lebih kecil pun boleh, lagi comel kiut jeeee..

rsz_dsc_7381
Mat buat 1/2 dari adunan asal dan gula mat kurangkan sikit. Kalau anda nak buat plain berperisa vanilla pun boleh. Kek ni lembut dan lembap.....hmmm mat makan satu tadi, lepas tu dah bagi anak2 buah. Ada berbaki 3 biji lagi...macam nak pi rembat satu lagi lahhh...erkk..hehehe. Rasa mat kalau nak letak perisa pun takde masalah, letak blueberry pun sedap. Oh yea sebelum mat teruskan dengan resipi, mat nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan untuk jiran ku Ben Ashaari dan Azila..moga diberkati Allah swt hendaknya...aminn.

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mentega
130 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1/4 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh pes pandan
160 gram tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
Coklat chip secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau guna papercup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga lembut, masukkan gula kstor dan putar hingga putih, masukkan telur satu persatu dan purar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis dan diakhiri dengan esen vanilla. Putar rata.
  3. Ambil 4 camca besar adunan dan campurkan dengan pes panda, kacau rata. Sudukan adunan biasa 1/2 penuh masukkan sedikit adunan hijau. Lorekkan kan dengan chopstik sebanyak 2 kali. Buat kaedah sama pada baki adunan. Tabur coklat cip pada setiap bekas
  4. Susun dalam loyang dan bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang..

9 comments:

Sunah Sakura said...

ya Allah cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaa

Choco Ani said...

wah wah.. harus lah ani bz hujung minngu ni.. mana nak wat cup cake nak wat daging dendeng resepi kak ummi lagi isk isk nampak sedap.. buat anak tekak nk mknmemanis je mlm ni CM.. hehe tq..

Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah said...

CMG...wah..cantiknyer..chumah akan cuba...try layari blog chumah.blogspot..kalau ade mase lerrr!! Chumah..jika tak masuk blog DTS nih rase macam kerja xsiap...Perggghhh penangan CMG!

Beautiful Butterfly said...

nyum2.... =)

::Azura Rahman:: said...

menarik dgn warna hijau.. :)

shuweet said...

*gulp* telan air liur saye pagi2....sukeee tengok blog cikmat....inspirasi nak memasak..

Nurul said...

lama dah x wat cupcake... tgk cupcake che mat, terasa nak wat jugalah... ;)

Ummi said...

Weeee nmpak moist lah Mat, terberkenan pulak...ok nak wat nnt...tunggu kek kat rumah tu habis dulu laa...adeiii

Nannie said...

asmlkm Mat ,
yum yum sedapnyaaa , akak pernah kurangkan gula sebab tak mau manis sangat tapi anak-anak kata tak best tak manis so skrg ni kalau buat butter kek ni akak memang ikut resepi hihihi baru anak-anak akak nak makan budak-budak biasa la suka manis , akak pun suka juga tapi tak leh makan banyak ketul kena jaga kesihatan hihihi

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.