BEN ASHAARI

Saturday, November 26, 2011

LEMPENG BAWANG EKSKLUSIF MAMAFAMI...

rsz_dsc_7882
Morning semua, assalammualaikum, salam sabtu...dah sarapan?. Pagi ni buat lempeng bawang, resipi yang biasa2 saja mat buat. Memandangkan masakan semalam masih berbaki, dan sesuai dicicah lempeng, jadi mat buat lah untuk sarapan, memang tak glamer tapi memang ngam dengan kuah gulai dan sambal tumis (yang tu nanti mat cerita). Resipi asal atas idea sapa lagi kalau bukan MamaFami yang hebat...mama ni kalau sapa pernah jumpa, dia memang lah punya baik, sopan, cakap pun sweet jeee gitu, ibarat cakap keluar madu (heyyy!! bukan air liur lahh!!).. dan tu jam kumbang semua datang (kejap lagi abang Yusri dia belasah aku pulak..pitammm >__< ). Dan satu mat puji sangat sikap mamafami ni, dia memang tak lokek ilmu, apa yang dia buat menjadi dan dia akan kongsi bersama..perghh... nangesss ni kalau mamafami baca, tapi kalau tak caya boleh tanya Kak Ummi Kuantan...betul ke tak...

rsz_dsc_7894
Mat buat dalam 2 cawan tepung gandum dan menghasilkan kurang lebih 8 - 9 keping lempeng, bergantung pada saiz pan yang anda guna. Mat letak daun kuchai sebagai penyeri, saja lah nak bagi nampak hijau2 sikit. Sedap dimakan bersama kuah gulai, sambal tumis atau apa saja lah, dengan sos cili boleh, rendang boleh, kuah kari pun boleh...kuah asam pedas pun sesuai juga. Ok mat tulis resipi mudah ni, main agak2 saja sebenarnya...Blog pilihan DTS ---> di sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 camca besar penuh mentega, cair dan sejukkan
Garam secukup rasa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu halus
5 pokok kucai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung dan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan garam, kacau hingga rata, tuang mentega cair dan masukkan garam secukup rasa, kacau hingga rata dan tidak berbintil2. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 10 inci (atau ikut saiz mana yang anda ada), lenser dengan sedikit minyak, biar panas sekejap, letak 1 1/2 senduk adunan dan lenser kan hingga memenuhi dasar pan tadi (kalau guna pan kecik, kurang kan adunan). Biar masak dengan api sederhana hingga kelihatan kelilingnya sedikit renggang.
  3. Berhati2 terbalikkan lempeng tadi dan masak lagi hingga kuning keemasan, angkat dan buat kaedah sama pada baki adunan hingga siap. Hidangkan bersama kuah yang anda suka atau sambal tumis..

6 comments:

Ummiakid @ lily said...

sedapnye lempeng tu...cantekkk pulak hasilnya. Mmg ini le resepi yang saya akan guna setiap kali nak makan lempeng...laporrrr...ujan² ni

Sunah Sakura said...

kenapa lempeng om che mat comel aje eh???

Sis-Lin said...

berkenan sungguh aku tgk lempeng ni..klu utk anak2 yg x suke mesti terus terpikat...shedapnyaaaaaaaaa...

Mat, cuti sek ni x kemana ke?

eddy syrol said...

arghhhhhh.. besok nak buat!!

bersama kak Es said...

berseninya lempeng che matttt!!

macam sayang nak makan. sebelah sambal tu gambo ape mat ?

ViVi_Honey said...

wah sedapnya kuih ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.