BEN ASHAARI

Tuesday, November 22, 2011

LEMAK CILI PADI BABAT DAN REBUNG

rsz_dsc_7316
Salam tengah hari semua, dah makan ke... Hari ni mat masak satu masakan berprofile tinggi..aduhh pengsan kalau dikenang2kan, mesti dah boleh agak kan..kan..kan. Bonda tekak dia tak berapa sedap, jadi mat masak lah babat atau perut lembu masal lemak cili padi dengan rebung jeruk, tapi bukan lah yang dah berjeruk lama sangat sampai bau hanch*** ituu. Pada mat masak lemak cili padi ni selain perlu bahan2 segar, serai atau daun kunyit amat memainkan peranan yang penting terutama untuk mengekalkan rasa asli masakan tradisi macam ni. Santan pun perlu diperah dari kelapa yang baru diparut atau santan yang baru diperah pun ok. Satu lagi kalau mat masak lemak apa2 pun santan pekat dan santan cair atau orang panggil santan kemancar diasingkan. Santan pekat letak last dan didihkan dengan api perlahan sambil dikacau selalu bagi mengelakkan ianya pecah minyak iaini berketul2. Rasa sedikit masam juga perlu, dan selalunya penggunaan asam gelugor atau jus limau kasturi digun pakai tapi bergantung pada jenis masak lemak cili padi. Cili padi kampung kerap menjadi pilihan kerana rasa dia sedikit berbeza dari cili siam. Pstt, rahsia lelaki di sini....anda wajib baca....

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram babat lembu atau perut tuala potong, cuci dan toskan
5 batang serai, dititik
2 cawan rebung jeruk, cuci dan toskan
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung (mat guna cili kaler merah)
1/2 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Babat dimasukkan ke dalam periuk, bersama bahan kisar halus, serai dan asam gelugor, gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair, kacau dan masak dengan api sederhana hingga babat sedikit lembut (mat beli babat yang siap dicuci). Masukkan rebung, gaul rata dan masak lagi.
  2. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Masak hingga babat lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..

5 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedap ni cmg...

Sally Rashid said...

laparnya...

Just Dila79 said...

kebetulan lah pulak....menu yg sama tapi kakak yg masak....

Amie said...

mat....kita ada rebung, kita ada babat jugak...minta izin share resepi ye mat... makasih!

Sunah Sakura said...

lemak cili api lagi??? gulppp

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.