BEN ASHAARI

Thursday, November 10, 2011

CHOCOLATE CHIP BREAD PUDDING

rsz_dsc_6029
Salam..aduh, letih lah, pesal eks, dah tua agaknya, bibir pun kering dan mengelupas, pedih. Hmm, entri pagi ni mat letak resipi chocolate chip bread pudding yang mat ambik resipi dia dari blog Azlita di sini (punya lah jelita pudding dia...nangess okeh) dan Azlita pulak dapat dari Nigella..perghh..jangan memain. Sebenarnya mat buat ni petang semalam, masa agak suntuk, dan ada hal lain nak dibereskan. Hmm, puas hati dengan hasilnya?..yep puas hati cuma tak sempat nak tunggu pudding ni sejuk sangat..huhu, lain kali tak naklah buat jika ada hal lain nak dibereskan...kelam kabut sudah..grr, geram pun ada juga... kenapa geram...hmm....tapi kalau baca entri ini, aku kurang geram sikit..suka lagi ada lah..

rsz_dsc_6044
Nampak tak....nampak tak...huhu, potongan pudding tu tak berapa nak cun lah, letak whipped cream pun mencair cepat saja sebab masih suam2. Kalau anda buat pastikan ianya sejuk betul atau bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk sekejap. Ini akan lebih memudahkan untuk kita potong dan mendapat potongan yang cantik. Tu kalau anda nak jadikan ianya lawa lah, kalau tak mo nko belasah jeee, lantak situ apa rupa sekali pun. Serius lah pudding ni sedap dan tak manis sebab guna gula peerang. Makan dengan ais krim pun sedap juga, buat dia pun senang, mat memang rekomen lah resipi ni, tang coklat cip tu anda kalau nak letak kurang pun boleh. Kita semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 keping roti sandwich (mat guna gardenia)
500 ml susu cair (mat guna susu segar)
125 ml double cream
3 biji telur gred A
40 gram gula perang (mat guna 60 g juga)
1 camca teh esen vanilla
100 gram coklat cip
Secubit garam (mat tambah)
2 camca besar gula pasir, untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Roti dipotong kecil (mat potong 4 setiap keping) dan bakar sekejap macam Azlita buat. Lenser tin bulat 9 inci dengan mentega (mat alas dengan aluminium foil dan lenser dengan sedikit mentega). Susun roti tadi dan tabur dengan coklat chip. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, satukan susu, double cream, gula perang, esen vanilla, garam dan telur, kacau rata dan gula hancur. Tuang dalam loyang berisi roti dan coklat chip tadi, rata2. Tekan2 sedikit dan biar terserap kurang lebih 20 minit.
  3. Kemudian tabur gula pasir dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit atau hingga masak. Biar betul2 sejuk baru dipotong dan hidangkan.

14 comments:

Sis-Lin said...

waaaaaaaaaa Mat..aku nak try buat laaaa....mesti anak aku sukaaa :)

JIJI YU said...

puding mmg leh wat jiji jadi cair..sebab plangi mmg pakar sgt wat puding..

Sunah Sakura said...

macam ni pun cantik dah pcm oi... T_T

shera ally said...

puding nih ada kuahnya kan... cam ner nak buat kuah tu ye...

Jom Masak Masak said...

salam...nk nangis tgk pudding nie..sodap2 tp CMG berapa biji telur nk taruk yer??

Mat Gebu said...

@ jom masak2 - thanks..dah edit balik... ^__^

Tina Othman said...

bestnya

syuhaiza said...

salam mat gebu

nak tanya double cream boleh dpt kat mana? atau boleh diganti dengan lain tak?

resepi senang mcm nak cuba. saya amik dulu resepinya yerk.

thanks

email : syuhaizadrase@gmail.com

Reen Tart Nenas said...

abg mat, double cream tu camne rupenyer? ari tu tgk kat kedai buat kek xde plak. boleh ganti dgn bhn lain?

JunAina said...

kalau puding roti saya suka makan dengan sosnya...yummy...

yat said...

en mat mana saya nak cr double cream tu?saya cr kat kedai jual bahan kek pun xde?kalau ganti ngan dairy whipping cream bleh x?

Iffah Afeefah said...

erk tak ske puding roti y lembab

Cik Puan e'Rynn said...

mat..bminat sgt nak cuba resepi ni..tp xtau mn nak dptkan double cream...mat blh advise x? mcmn rupa nya, & mn nk beli? tQ! *.*

Miss sHa said...

saya amik resepi ni ye..nk try utk berbuka ptg ni...tq..nmpk sedap je nih..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.