BEN ASHAARI

Friday, October 21, 2011

THAI GREEN CURRY @ แกงไทยสีเขียว

rsz_dsc_4185
Salam petang semua, dah makan tengah hari?...Entri kali ni mat masak Thai Green Curry atau Kari Hijau Thai. Mat masak guna daging batang pinang dalam 450 gram. Boleh juga kalau nak ganti dengan ayam atau udang, kalau nak bess guna udang kaki merah atau orang panggil udang pengantin. Dulu2 mat pernah cuba beberapa resipi, dan ada tu paste yang tersedia dijual pun mat dah cuba, tapi rasa tak berapa nak ok lah, kurang serasai dengan tekak, hingga mat jumpa satu resipi dari blog Kak Ida 1001 resipi. Mat buat dan waallaweyyy!!..ngam betul dengan tekak ku ini. Rasa dia kan macam mana nak kata eks...senang cakap macam ni lah....anda rasa "seksi" bila merasainya...perghh..pengsannn >___<... Tapi tadi mat terfikir pulak bila baca satu entri ini.....hmmm anda terfikir juga ke?...

rsz_dsc_4205
Kali ni mat letak terung pipit dalam dia, selain rebung dan traffic light capsicum yang berbaki dalam peti sejuk. Kalau ikut resipi asal, masakan thai ni tak lari mesti ada daun selasih @ sweet thai basil, daun limau purut, serai dan limau nipis. Penggunaan santan juga meluas dalam resipi2 mereka. Tapi kan mereka ada teknik memasak tersendiri. Contohnya pati santan akan dimasak bersama rempah hingga pati santan tadi secara semulajadi akan bertukar menjadi minyak dalam proses menumis tadi dan akan memasakan rempah yang dimasak bersama2. Penggunaan sos ikan juga amat meluas, dan garam tak diperlukan jika mengguna sos ikan. Ok, mat tulis resipi dia, terima kasih Kak Ida.....

BAHAN PES KARI HIJAU :-)
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)
450 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
3/4 cawan terung pipit, cuci dan toskan
1 biji tomato, belah 6
1 cawan hirisan rebung
1/4 biji traffic light capsicum (red, green, yellow) didadu besar
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
  2. UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai, terung pipit dan daging. Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut.
  3. Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk dan terung pipit lembut. Masukkan dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
  4. Akhir sekali masukkan daun selasih, traffic light capsicum dan tomato, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba!..

13 comments:

penaGlow said...

Eeiii, sabor jelah menu ni..
zalim CMG..terliur!

Sunah Sakura said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhh hijauuuuuuuuuuuuuu

Ms Ef Abas said...

Makan this green curry bila pegi restoran thai jer...tp lebih suka masak lomak cili api :)

Tihara said...

bru2 ni ada tgk dalam program best wan..best menu ni :)

aimie amalina said...

awww
rase seksi ke pakcik mat
ni yg nak terai ni
ase seksi gak pas ni kang
hehehehe
maceh PCM =]

Sari Yusa Ibrahim said...

aiiiiiii, biar betul rasa seksi CMG, kalu cheese cake tu, taulah seksi, kalu kari... isk!

cik cek said...

Menarik...nanti kak cek nak tryla masak menu ni...:D

ida @ 1001resepi said...

alhamdulillah...sama-sama dan terima kasih mat...banyak resepi kkida yang mat dah cuba dan popularkannya...:)

...berbaloi rasanya share resepi di blog jika ada yang suka untuk mencubanya...seperti mat...:)

Oh Oeya said...

Kak Ummi sampai Siam.. CMat taknak kalah gak sampai Thai.. ngeee :D

Manyak tol bahan-bahannya heheh..

Nampak sedap u :)

JIJI YU said...

kena bookmarks ni

Kjee said...

like like like

aiamneeda abidin said...

assalamualaikum cikmat.. bulan pose ni blog cikmat jd idea sy utk masak hari2.. alhamdulillah.. spnjg puase baru sekali g pasar ramadhan... aari2 try menu resepi cikmat.. terima kasih ye cikmat..

Mama Kembar 3 said...

Sedapnyaaaa, kecuq ayaq liuq dah niiii

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.