SWISSROLL SERUNDING AYAM.....DI KALA DEMAM

rsz_dsc_2540
Salam....letih lah, dah makan ubat tapi mata tak leh tidur, lagi pun mat gebu kan tak boleh tidur siang, nanti aku mengamuk...susah wooo, dah lah sejak2 ni mat rasa stress, kalau silap sikit jeee aku marah. Semalam mat agak kritikal, walaupun makan ubat, batuk, selsema dan sakit tekak. Tapi petang tu mat makan ubat dan lepas maghrib aku ala2 kebah sikit. Perasaan bosan tak yah kata lah..macam nak pi tebang pokok kelapa sawit depan rumah nih, sebab bosannn sangat, yelah nak tegur jiran mat, dia sendiri pun tak sihat, takmo lah kan kacau. Jadi sebagai mengisi kebosanan terlampau lah sangat, mat mula mencari2 satu resipi yang dah lama nak cuba, tapi bahan2 tak cukup. Mat ambik resipi dari buku masak Wendy tapi mat dah oter ikut kesesuaian bahan2.

rsz_dsc_2568
Mat guna serunding ayam, serunding pemberian sedara mat tempoh hari. Bila dapat jekan terus, terrewind ingatan nak buat swissroll cuma tak pasti bila nak buat. Jadi semalam macam mat kata, aku bosan sangat2, apa lagi on lah projek..wahh..cepat dibuat dan sedap dimakan. Tapi ada lagi tu..sapa nak?... ^___^ mamafami nak ke....tengok gambau udah lah yeaa...sori...

rsz_dsc_2571
Teksturenya lembut dan sedap, rasa ada sedikit manis namun rasanya agak seimbang dengan serunding, sebelum digulung, kita sapu rata2 dengan sedikit mayonnaise dan tabur baki serunding rata dan gulung kemas. Mat gulung masa kek masih suam, tapi bukan lah panas sangat, kira dah sejuk tapi masih ada sedikit rasa panas. Gulung kemas dan biar ia berbalut selama 10 - 15 minit, kemudian boleh potong, cuma masa potong tu ia tak berapa kemas sebab ada serunding, tapi kalau nak nampak kemas, simpan dulu swissroll tadi dalam peti sejuk 30 minit, insya Allah, bila potong ia akan lebih kemas. Guna pisau tajam....kita lihat resipi dia pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram tepung optima
3 biji telur gred B
Secubit garam (tak letak)
30 ml air
30 gram mentega, dicairkan
60 gram serunding ayam (chicken floss)
3 pokok kuchai, hiris halus (atau boleh ganti dengan daun bawang)
3 camca besar mayonnaise
1 camca teh bijan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 10 inci x 10 inci x 1 inci dengan mentega dan atas dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Satukan tepung, telur dan air, putar dengan kelajuan perlahan hingga semua bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 7 - 8 minit hingga kembang, pekat dan gebu. Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
  3. Tuang dalam tin, ratakan dan tabur dengan 1/2 bahagian serunding, bijan dan kuchai/daun bawang. Bakar 20 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan dan alih kek tadi ke atas jaringan biar suam.
  4. Bentang sehelai kertas minyak bersih, terbalikkan kek tadi atasnya, buang kertas alas. Sapu rata dengan mayonnaise dan tabur baki serunding ayam tadi. Gulung kemas2 dan biar 10 - 15 minit. Boleh dihidangkan....

Post a Comment

14 Comments

  1. xxpenah mkn lagi.. hehe
    kreatif la pcm ni

    ReplyDelete
  2. menariklah SR ni... macam nak try aje..serunding pun ada tu.. cuma tepong optima je non ado.. huhu.. tepong optima tu dah siap ada gula ke mat? akak mmg tak pernah belilah. yelah mcm mat kata td.. kek ni terasa juga manisnya.. tp dlm resepi tak nampak pula sukatan gula... tentu gula dr tepong tu kan?

    ReplyDelete
  3. cer tunjuk tepung optima tu camna cik mat...nampak menarik resepi ni...belum pernah buat swiss roll dgn serunding mayo...cam teringin je nak rasa...anto le ke Lovely Kitchen sepotong...

    ReplyDelete
  4. aduhaii
    serunding pon bole dibuat swis roll
    sungguhnyaman aihhhh
    nak cube gak nnti nihh

    ReplyDelete
  5. kemain lagi nak kasi anakanda ek..akaseh ayahanda ku

    ReplyDelete
  6. Aaargggh tension la tengok...nak buat jugak laaaaa....roll pagi jumaat la ok eks...hehhehee

    ReplyDelete
  7. phewittttt....sungguh menggoda anak tekak den...pasti cuba..

    ReplyDelete
  8. aduhaiii...tabik spring kat CMG nih.. demam2 pun semangat tinggi nak memasak.. (sebab kalau kena kat saya, wassalam le jawabnyaa) hehe

    Syabasss bete..!

    ReplyDelete
  9. Aaah... lah CMG, tunjuklah macam mana rupe tepung optima tu... kalau tukar dgn tpg lain boleh tak??? kalau tak buat gulung tp buat lapis pun boleh kan..???

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.